the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
21.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis tahan tokan dadah, rampas hampir 70 kg ganja di Taman Melawati

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lelaki disyaki tokan dadah dan merampas ganja seberat 69.82 kilogram dalam satu serbuan di sebuah rumah di Taman Melawati di sini Khamis lepas.

Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman DCP Mat Zani@Mohd Salahuddin Che Ali berkata ketika pemeriksaan di rumah berkenaan, polis menemukan 66 ketulan bungkusan mampat ganja bernilai RM216,457 dalam sebuah kereta Toyota Vellfire.

Beliau berkata suspek berusia 44 tahun itu yang berperanan sebagai tokan dipercayai aktif sejak November lepas dan mempunyai dua rekod lampau membabitkan jenayah serta dadah.

“Siasatan lanjut mendapati dadah berkenaan dibawa masuk dari negara jiran melalui sempadan Perlis sebelum dibawa ke Lembah Klang untuk pasaran tempatan,“ katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mat Zani berkata pihaknya turut mengambil tindakan mengikut Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988 ke atas motosikal jenis Ducati milik suspek dianggarkan bernilai RM29,500 menjadikan nilai keseluruhan rampasan sebanyak RM245,957.

“Hasil ujian saringan awal mendapati suspek negatif dadah dan lelaki itu kini direman tujuh hari hingga 5 Jun bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,“ katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Politics not key factor for foreign investors, says MITI

Malaysia’s investment performance shows political speculation is not the main driver for foreign investors, says MITI, citing RM1.7 trillion in approved investments from 2021 to 2025.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings