the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, December 25, 2025
24.8 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Polis tingkat pemantauan di Langkawi selepas insiden bot karam

Polis dan agensi penguatkuasaan tingkat pemantauan di Langkawi selepas bot karam bawa pendatang tanpa izin, siasat sindiket imigresen haram

SINTOK: Polis dan agensi penguatkuasaan lain akan meningkatkan pemantauan di Langkawi bagi mengesan imigran daripada insiden bot karam berhampiran sempadan perairan Malaysia-Thailand.

Ketua Polis Kedah Datuk Adzli Abu Shah berkata pihaknya juga meningkatkan rondaan di sekitar Teluk Ewa dan kawasan berdekatan.

Beliau meminta penduduk tempatan melaporkan sekiranya terjumpa mangsa yang bersembunyi atau terdampar di situ.

“Maklumat awal yang kita terima, satu kapal membawa 300 pendatang tanpa izin yang telah sebulan belayar dari Myanmar, telah karam semasa menghampiri perairan Malaysia,” katanya.

Setakat ini, seramai 10 warga Myanmar, Bangladesh dan etnik Rohingya yang hidup serta satu mayat wanita etnik Rohingya telah ditemui.

“Kita masih jalankan siasatan kerana maklumat yang diberikan oleh mereka ada sedikit berbeza,” tambah Adzli.

Beliau berkata ada yang menyatakan kapal membawa 300 orang karam manakala yang lain maklum mereka dipindahkan ke tiga bot kecil yang mana salah satunya telah karam.

Adzli percaya mangsa lain sama ada masih hidup atau sebaliknya akan ditemui tiga hingga tujuh hari lagi.

“300 orang itu mungkin tidak sahih, kalau betul mungkin sekarang sudah ramai mangsa yang dijumpai,” ujarnya.

Pihak polis sedang mengenal pasti dalang yang membawa mereka masuk ke Malaysia.

“Saya telah berhubung dengan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia untuk kenal pasti di mana kedudukan bot berkenaan karam,” jelasnya.

Kesemua yang ditemui setakat ini ditahan kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan sah.

Polis percaya sindiket memilih Langkawi sebagai destinasi untuk membawa kesemua pendatang tanpa izin tersebut.

Soal siasat awal mendapati ada antara mereka yang membayar wang berjumlah 400,000 BDT atau kira-kira RM13,000 kepada sindiket berkenaan.

Ada antara pendatang tanpa izin yang menyatakan keluarga mereka akan membuat bayaran selepas mereka selamat tiba di destinasi.

“Mereka mahu datang ke sini untuk membina kehidupan baru hingga sampai sanggup jual rumah dan haiwan ternakan,” kata Adzli.

“Mereka perlu membuat bayaran dahulu, baru dibenarkan untuk menaiki kapal,” tambahnya. – Bernama

Related

spot_img

Latest

NRES advances green digital agenda with CNCS certification from Starza, ICT Zone

The Ministry of Natural Resources and Environmental Sustainability (NRES) has strengthened its sustainability and digital governance agenda with the receipt of a Carbon Neutral Computing Services (CNCS) certificate, offsetting 130.04 tonnes of CO₂e from 441 ICT assets. Delivered through a public–private collaboration with Starza Corporation Sdn Bhd, ICT Zone Asia Bhd and HP, the initiative demonstrates how carbon-neutral ICT deployment can support Malaysia’s Net Zero 2050 aspirations while providing a scalable model for sustainable digital transformation across the public sector.

Chin Hin Group confident of sustained growth in 2026 on strong order visibility and capacity expansion

Chin Hin Group Bhd is entering 2026 with strong earnings visibility, underpinned by RM2.3 billion in unbilled property sales and robust order books across construction, building materials and home & living. Supported by disciplined execution, strategic capacity expansions and a growing focus on sustainability-driven solutions, the group is well-positioned to deliver its next phase of scalable, sustainable growth.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories