the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, January 14, 2026
24.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

PPM tahan 4 lelaki, rampas diesel bernilai RM330,000

Unit Risikan Marin PPM Wilayah Satu tahan empat lelaki dan rampas lebih 100,000 liter minyak diesel dalam serbuan di Kubang Pasu, Kedah.

ALOR SETAR: Unit Risikan Marin (URM) Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Satu Kuala Kedah menahan empat lelaki dan merampas minyak diesel bernilai lebih RM330,000.

Serbuan di sebuah premis perniagaan di Mukim Sungai Laka, Kubang Pasu itu dijalankan menerusi Ops Taring Landai dengan kerjasama Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam IPK Kedah.

Pasukan operasi mengesan aktiviti pemindahan minyak diesel secara tidak sah daripada beberapa skid tank ke dalam sebuah lori treler bernombor pendaftaran Thailand.

Tiga lelaki warga Thailand dan seorang lelaki warga tempatan berusia antara 26 hingga 60 tahun telah ditahan untuk membantu siasatan.

Kesemua individu terbabit gagal mengemukakan sebarang dokumen atau kebenaran sah berkaitan pemilikan dan pemindahan minyak diesel.

PPM turut merampas tiga treler, sembilan skid tank mengandungi anggaran 100,013 liter diesel serta tiga unit mesin pam minyak bermeter.

Jumlah keseluruhan nilai rampasan dianggarkan bernilai lebih RM1 juta.

Kes disiasat di bawah Seksyen 22 Akta Kawalan Bekalan 1961.

Kesemua tangkapan serta barang rampasan telah diserahkan kepada pihak KPDN Daerah Kubang Pasu untuk siasatan dan tindakan lanjut.

PPM menyatakan komitmennya untuk memperkukuh kerjasama strategik antara agensi penguatkuasaan dalam membanteras aktiviti penyelewengan barang kawalan.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories