the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
21.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pesara rugi RM108,001 diperdaya scammer tawaran bantuan

Seorang pesara jurutera kehilangan RM108,001 selepas diperdaya scammer yang menawarkan bantuan untuk mangsa penipuan selepas dia sendiri menjadi mangsa.

ALOR SETAR: Seorang pesara jurutera kerugian lebih RM100,000 selepas diperdaya untuk mendapatkan bantuan selepas menjadi mangsa scammer.

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kedah DSP Jasmani Sabrini berkata mangsa lelaki berusia 54 tahun itu membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda pada Ahad lepas.

Mangsa tertarik dengan iklan di Facebook pada 16 Mei 2025 yang menawarkan bantuan kepada mangsa scam.

Beliau kemudian dimasukkan ke dalam aplikasi WhatsApp dan diminta mengisi butiran peribadi untuk tujuan permohonan.

Sebelum permohonan diproses, mangsa diminta membuat bayaran pendahuluan bagi membuka fail.

Lelaki itu membuat lapan transaksi pindahan dalam talian ke beberapa akaun bank antara 28 Mei hingga 18 Jun tahun lepas.

Jumlah keseluruhan kerugian mangsa ialah RM108,001.

Sehingga laporan polis dibuat, pihak berkenaan masih meminta bayaran tambahan dengan alasan untuk mendapatkan semula wang mangsa.

Siasatan mendapati pesara berkenaan telah menjadi mangsa scammer sebelum ini.

Tiga kes telah dibuka kertas siasatan di Sungai Petani dan Padang Serai berkenaan pinjaman wang tidak wujud.

Orang ramai dinasihatkan membuat semakan dengan pihak polis sebelum melakukan sebarang transaksi yang mencurigakan.

Mereka juga boleh menggunakan aplikasi Semak Mule, Facebook JSJK atau menghubungi Pusat Respons Penipuan Kebangsaan menerusi talian 997.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings