the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
31.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Prabowo akan berkunjung ke Malaysia bertemu Anwar selepas melawat Mesir

JAKARTA: Presiden Prabowo Subianto akan mengadakan kunjungan ke Malaysia untuk bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas lawatan rasmi beliau ke Kaherah, Mesir.

“(Saya) juga mampir (singgah) ke Malaysia untuk bertemu dengan Perdana Menteri (Datuk Seri) Anwar Ibrahim,“ kata Prabowo di sidang media di Lapangan Terbang Tentera Udara Halim Perdanakusuma di Jakarta Timur.

Beliau berlepas ke Kaherah pada Selasa sempena lawatan rasmi dan menghadiri Sidang Kemuncak Kumpulan Lapan Negara Membangun dalam Kerjasama Ekonomi (D8) yang berlangsung dari 17 hingga 19 Dis.

Kunjungan Presiden Indonesia ke Mesir ini merupakan yang pertama sejak 2013.

“Mesir adalah sahabat dekat kita, rakan strategik bagi Indonesia dan negara penting di Timur Tengah,” kata Prabowo.

Di Kaherah, beliau dijadualkan bertemu dengan Presiden Mesir Abdel Fattah El-Sisi di Istana Kepresidenan Al Ittihadiyah.

Selain agenda bilateral, Prabowo juga akan menghadiri sidang kemuncak D-8 dan mengambil alih jawatan Pengerusi D-8 daripada Pengerusi semasa, Mesir, bagi tempoh 2026-2027.

Selesai sidang kemuncak, beliau dijadualkan melakukan pertemuan tidak rasmi dengan beberapa tokoh ekonomi dan industri.

“Dalam kondisi (suasana) sekarang, saya kira sidang kemuncak D-8 ini adalah suatu acara yang penting, kerana itu saya hadir,“ katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Forest City SFZ Highlights Early JS-SEZ Traction as Investment Pipeline Expands

Forest City SFZ reported early progress under the Johor-Singapore Special Economic Zone, highlighting growing investment interest, family office incentives and improved cross-border connectivity as the economic corridor advances its strategy to attract regional businesses and long-term investment.

Jollibee Group brands recognized as top three most valuable restaurant brands in Brand Finance...

Jollibee Group brands Jollibee, Mang Inasal, and Chowking were recognized in the Brand Finance Philippines 50 2026 report as the country's top three most valuable restaurant brands, with Jollibee leading the restaurant sector and accounting for around 80% of total restaurant brand value.

Cigna Healthcare Hong Kong enhances VHIS Flexi Plan (Superior) with expanded regional medical coverage...

Cigna Healthcare Hong Kong today announced enhancements to its Cigna VHIS Series – Flexi Plan (Superior), strengthening its medical insurance offering to help customers better manage rising healthcare costs and access quality health care locally, regionally and overseas.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings