the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, November 27, 2025
25.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

PRIME diaktifkan di tiga negeri terjejas banjir untuk komunikasi

Sistem PRIME diaktifkan di Kelantan, Sabah dan Sarawak untuk pastikan komunikasi berfungsi di kawasan terputus capaian Internet dan talian telefon

KUALA LUMPUR: Sistem Komunikasi Radio dan Internet Bersepadu (PRIME) telah diaktifkan di tiga negeri yang mengalami banjir teruk setakat ini.

Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata tiga negeri terlibat ialah Kelantan, Sabah dan Sarawak.

Beliau berkata sebanyak 15 lokasi infrastruktur komunikasi dilaporkan terjejas akibat bencana banjir namun enam daripadanya telah pulih.

“Ada lima lokasi akan pulih dan kembali beroperasi pada hari ini,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat.

Teo menjawab soalan tambahan Datuk Mohd Isam Mohd Isa mengenai unit PRIME yang digunakan di kawasan terjejas banjir.

PRIME ialah inisiatif strategik Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia yang dibangunkan bagi memperkukuh kesiapsiagaan komunikasi negara.

Sistem itu direka sebagai sistem komunikasi bergerak yang menggabungkan pelbagai teknologi seperti satelit, selular dan radio dua hala.

PRIME menawarkan nilai tambahan dari segi mobiliti, keupayaan pelbagai teknologi dan liputan Internet yang boleh diperluas menggunakan dron.

Sistem ini telah diuji dalam pelbagai situasi termasuk insiden sebenar seperti bencana banjir di Penampang, Sabah pada September lepas.

PRIME berjaya menyediakan capaian Wi-Fi kepada mangsa pemindahan dan pasukan penyelamat di lokasi kritikal.

Di pusat pemindahan sementara Kampung Sarapung, sistem PRIME mencatatkan sambungan serentak hingga 67 pengguna.

Kelajuan muat turun mencapai 158 Mbps manakala kelajuan muat naik mencecah 33 Mbps pada tahap tertinggi.

PRIME akan dihantar ke negeri terjejas banjir yang memerlukan sokongan perkhidmatan telekomunikasi segera.

Kelantan merupakan negeri yang paling teruk terjejas dengan bencana banjir pada masa ini. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

Chin Hin Group Property posts sharp profit surge as property segment drives FY25 growth

Chin Hin Group Property Bhd delivered a strong financial performance for the first nine months of FY25, with profit before tax nearly doubling on the back of robust property sales and steady project progress. Revenue rose 30% to RM682.9 million, supported by solid take-up across developments such as Quaver, Ayanna and Avantro, while unbilled sales of RM2.3 billion provide clear earnings visibility into the coming years. The group remains focused on disciplined execution and expanding its residential pipeline across the Klang Valley and Southern Region.
spot_img

Popular Categories