the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 15, 2026
33.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kerajaan peruntuk RM7 juta urus monsun timur laut 2025-2026

State Election

Johor State Election 2026

11 July 2026 Johor, Malaysia
Learn more

NADMA salur RM7 juta untuk BWI mangsa banjir, koordinasi 9,058 PPS dan pantau 254 cerun kritikal sepanjang musim tengkujuh

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan RM7 juta bagi menampung perbelanjaan segera semua negeri dan agensi berkaitan sepanjang tempoh monsun timur laut (MTL).

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata peruntukan disalurkan melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) termasuk untuk Bantuan Wang Ihsan (BWI).

“Pembayaran BWI akan dibuat berdasarkan pendaftaran ketua isi rumah mangsa bencana melalui sistem MyInfo Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat,” katanya di Dewan Rakyat.

Bayaran akan dibuat terus kepada ketua isi rumah oleh Bank Simpanan Nasional dalam tempoh satu hingga tiga hari selepas pusat pemindahan sementara ditutup.

Nancy menegaskan NADMA mengadakan mesyuarat pengurusan bencana secara berterusan berdasarkan unjuran cuaca sehingga Mac tahun depan.

Beliau menafikan dakwaan individu atau NGO dihalang menyalurkan bantuan ke pusat pemindahan sementara.

“Semua sumbangan dialu-alukan tetapi perlu diselaraskan pada peringkat sekretariat bagi mengelak pertindihan bantuan,” jelasnya.

Mereka yang ingin memberi bantuan dinasihatkan menghubungi Pusat Kawalan Operasi Bencana negeri atau daerah terlebih dahulu.

Setakat ini sebanyak 9,058 pusat pemindahan sementara mampu menempatkan 2.2 juta mangsa telah diaktifkan.

Sebanyak lapan depoh simpanan, 138 stor daerah, 68 mini depoh dan 561 pangkalan hadapan juga diaktifkan bagi memastikan penghantaran bantuan berjalan lancar.

Setakat pagi ini, 35 daerah di tujuh negeri dilanda banjir dengan 29,400 mangsa daripada 10,193 keluarga ditempatkan di 216 pusat pemindahan sementara.

Tiga daerah di Kelantan mencatatkan kemasukan tertinggi iaitu Tumpat, Kota Bharu dan Bachok.

Kesiapsiagaan turut melibatkan 103,500 anggota pelbagai agensi dan hampir 40,000 aset yang digerakkan.

Pemantauan 24 jam dilakukan melalui Pusat Kawalan Bencana Negara sepanjang MTL yang bermula 13 November lepas.

Kerajaan meningkatkan kesiapsiagaan teknikal termasuk pengemaskinian 3,682 tempat mudah banjir di seluruh negara oleh Jabatan Pengairan dan Saliran.

Jabatan Mineral dan Geosains mengenal pasti 254 cerun kritikal berisiko runtuhan yang memerlukan pemantauan rapi sepanjang musim tengkujuh. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Arup partners YJK to launch AI Designer in Hong Kong to advance AI-enabled structural...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 15 July 2026 - Arup and YJK, a leading engineering software solutions company in Chinese Mainland, announced the launch of AI Designer in Hong Kong, an innovative digital platform that integrates artificial intelligence ('AI') with design optimisation, enhancing the efficiency, quality and productivity of engineering workflows.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings