the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Program lesen B2 bantu kurangkan kemalangan penunggang motosikal

KUCHING: Program pemberian lesen kelas B2 dilihat dapat membantu mengurangkan jumlah kemalangan jalan raya melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah berkata melalui program itu, peserta bukan sahaja memperoleh lesen, malah diberikan pendedahan serta pengetahuan mengenai pemanduan selamat dan berhemah.

Beliau menyatakan apabila semakin ramai penunggang motosikal memiliki lesen dan pengetahuan serta kesedaran tentang pemanduan yang betul, risiko kemalangan dapat dikurangkan terutamanya melibatkan kemalangan maut.

“Kita mahu melahirkan penunggang motosikal berhemah dan menjadi contoh kepada yang lain,” katanya.

Hasbi berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Larian Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak di sini hari ini, yang turut dihadiri Pengarah JPJ negeri Norizan Jili.

Beliau berkata pelaksanaan program lesen B2 juga memberi manfaat tambahan kepada rakyat, terutamanya selepas pelaksanaan subsidi bersasar RON95.

Selain itu, Hasbi menyarankan pengguna jalan raya untuk sentiasa meningkatkan ilmu pengetahuan dan kefahaman tentang undang-undang jalan raya.

“Kita harapkan mereka yang sudah mempunyai lesen mengambil langkah untuk fahami semula undang-undang jalan raya,” katanya.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyuarakan kebimbangan terhadap kadar kematian kemalangan jalan raya yang menyaksikan negara kehilangan kira-kira 60,000 nyawa dalam tempoh 10 tahun.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Mengenai Keselamatan dan Kesesakan Jalan Raya berkata daripada jumlah itu, 82 peratus melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal.

Kerajaan telah melaksanakan program MyLesen B2 untuk membantu golongan kurang berkemampuan khususnya pelajar dan belia mendapatkan lesen memandu kelas B2 secara percuma. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Bora Pharmaceuticals Completes Acquisition of MacroGenics’ Rockville Manufacturing Operations

TAIPEI, TAIWAN - Media OutReach Newswire - 2 July 2026 - Bora Pharmaceuticals Co., Ltd. ("Bora" or "Bora Group"; TWSE: 6472; OTCQX: BORAY) today announced the completion of its acquisition of the GMP manufacturing operations of MacroGenics, Inc. (NASDAQ: MGNX) including its biologics drug substance facility in Rockville, Maryland and an associated warehousing center in Frederick, Maryland, for total consideration of US $122.5 million through its wholly owned subsidiary Bora Biologics USA, LLC.. Upon closing, Bora signed a long-term CDMO Service Agreement with MacroGenics.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings