the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Proses pelantikan badan kehakiman ikut Perlembagaan – AGC

KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara (AGC) menegaskan bahawa tempoh dan proses pelantikan jawatan penting dalam badan kehakiman seperti Ketua Hakim Negara dan Presiden Mahkamah Rayuan perlu mengikut tatacara yang ditetapkan di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Menurut kenyataan AGC, proses pelantikan tersebut melibatkan pertimbangan menyeluruh termasuk perundingan dan pelaksanaan kuasa budi bicara mengikut kerangka perlembagaan. Jabatan itu juga memaklumkan bahawa Yang di-Pertuan Agong telah memperkenan beberapa pelantikan hakim Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan bulan lepas, namun formaliti tertentu masih perlu diselesaikan.

“Pelantikan itu wajar dilakukan dengan tertib dan teratur. Dakwaan bahawa terdapat kelewatan dalam proses pelantikan dan kegagalan mengambil tindakan terhadap pencalonan terdahulu hendaklah dilihat dari sudut peruntukan Perlembagaan Persekutuan,“ menurut AGC.

Kenyataan itu dikeluarkan sebagai respons kepada desakan Ahli Parlimen Pandan Datuk Seri Rafizi Ramli dan beberapa Ahli Parlimen lain yang meminta penubuhan Suruhanjaya Siasatan dan Jawatankuasa Pilihan Parlumen berhubung isu pelantikan dalam badan kehakiman.

AGC turut menekankan bahawa Perdana Menteri bukan sekadar ‘konduit’ yang menerima syor, tetapi mempunyai tanggungjawab perlembagaan untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong demi memastikan kebebasan, kredibiliti, dan integriti badan kehakiman terpelihara.

Mengenai dakwaan bahawa mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) diadakan tanpa notis mencukupi, AGC menjelaskan bahawa JAC berhak mengawal selia prosedurnya sendiri. “Apabila terdapat keadaan mendesak, mesyuarat boleh diteruskan dengan notis pendek jika semua anggota bersetuju,“ menurut kenyataan itu.

AGC juga menolak perbandingan dengan kes VK Lingam pada 2007, yang melibatkan campur tangan jelas dalam pelantikan hakim. “Keadaan sekarang berbeza kerana dakwaan hanya berdasarkan prosedur dan anggapan tanpa bukti kukuh,“ jelas AGC.

Jabatan itu menyeru semua pihak agar tidak terburu-buru membuat spekulasi dan menghormati proses perundangan sedia ada. “Tanggungjawab utama ialah memastikan keluhuran undang-undang dan pemisahan kuasa dipatuti,“ tegas AGC. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Bora Pharmaceuticals Completes Acquisition of MacroGenics’ Rockville Manufacturing Operations

TAIPEI, TAIWAN - Media OutReach Newswire - 2 July 2026 - Bora Pharmaceuticals Co., Ltd. ("Bora" or "Bora Group"; TWSE: 6472; OTCQX: BORAY) today announced the completion of its acquisition of the GMP manufacturing operations of MacroGenics, Inc. (NASDAQ: MGNX) including its biologics drug substance facility in Rockville, Maryland and an associated warehousing center in Frederick, Maryland, for total consideration of US $122.5 million through its wholly owned subsidiary Bora Biologics USA, LLC.. Upon closing, Bora signed a long-term CDMO Service Agreement with MacroGenics.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings