the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
32 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

PRR Harmoni MADANI model kerjasama estet-kerajaan bangunkan perumahan pekerja

KUALA SELANGOR: Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Program Residensi Rakyat (PRR) Harmoni MADANI Bestari Jaya dijadikan model kerjasama antara estet dan kerajaan dalam membangunkan perumahan pekerja.

Perdana Menteri berkata kerjasama itu boleh diterjemah dengan pengurusan estet menyediakan tanah bagi membolehkan kerajaan menerusi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) merancang pembangunan perumahan untuk kesejahteraan pekerja ladang.

Beliau berkata PRR Harmoni MADANI yang dibangunkan menerusi model kerjasama berkenaan iaitu syarikat Berjaya Corporation Berhad menyerahkan tanah estet untuk kerajaan, telah menyelesaikan isu perumahan yang membelenggu pekerja ladang sejak 27 tahun lepas.

“Projek ini mengambil masa agak panjang untuk dijayakan sehingga Nga Kor Ming (Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan) berjaya berunding dengan Tan Sri Vincent Tan (pemilik tanah) yang bersetuju menyerahkan sebahagian tanah untuk projek ini.

“Kor Ming ambil inisiatif runding dengan pihak estet, majlis perbandaran, kerajaan negeri dan bawa kepada Jemaah Menteri sebelum kita putuskan beri peruntukan bagi tujuaan pembangunan PRR tersebut,” kata Anwar ketika berucap pada majlis pecah tanah PRR Harmoni MADANI Bestari Jaya di sini hari ini, yang turut dihadiri Nga.

PRR Harmoni MADANI Bestari Jaya melibatkan pembinaan rumah teres berkeluasan 1,200 kaki persegi dilengkapi tiga bilik dan dua bilik air di atas tanah seluas 8.09 hektar milik Berjaya Corporation Berhad di Ladang Sungai Tinggi oleh PRIMA Corporation Malaysia yang dilantik sebagai agensi pelaksana projek.

Projek bernilai RM75 juta yang disasarkan siap dalam tempoh dua tahun dijangka memberi manfaat kepada 1,250 penduduk secara keseluruhan daripada 245 peneroka estet getah di lima estet di kawasan Bestari Jaya.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan MADANI mahu melihat pekerja ladang turut memiliki rumah dengan estet yang majoriti dihuni masyarakat India tidak diabaikan daripada rancangan pembangunan, khususnya melibatkan perumahan.

Perdana Menteri meminta pegawai dan agensi berkaitan supaya memberikan maklumat tepat kepada kerajaan bagi membolehkan perancangan pembangunan dapat direncana serta dijayakan segera.

“Orang bawah kena bagi kerjasama, bagi maklumat bagaimana kita boleh bantu…mereka di sini (pekerja ladang) perlu rumah yang sesuai, lengkap untuk bolehkan anak-anak duduk dan belajar dengan baik,” katanya.

Dalam usaha mempercepat pembangunan projek berkaitan rakyat, Anwar meminta pihak berkuasa tempatan (PBT) menyegerakan proses kelulusan Kebenaran Merancang (KM) bagi mengelakkan pertambahan kos sekiranya tertangguh terlalu lama.

Beliau memuji tindakan proaktif Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) yang menyegerakan proses KM bagi projek PRR Harmoni MADANI dan mahu PBT lain turut mengambil pendekatan sama berhubung kelulusan pembangunan projek untuk kesejahteraan rakyat.

“Terima kasih MPKS percepatkan KM, bila semua dah setuju, nak tangguh kenapa. Kalau semuanya mengikut aturan, jangan lengahkan sebab kalau tangguh akan ada kos tambahan. Itu boleh merugikan rakyat dan kerajaan,” katanya.

Perdana Menteri juga menekankan mengenai kepentingan rundingan dijadikan asas penting dalam menyelesaikan masalah berbangkit berkaitan kesejahteraan rakyat.

Anwar berkata perkara itu telah dibuktikan boleh berjaya dengan pembangunan PRR Harmoni MADANI melibatkan rundingan banyak pihak yang sebelum ini gagal dilaksanakan kerajaan terdahulu.

“Bila kita runding begitu, kita boleh selesai masalah rakyat, bukannya dengan pergi hasut sana sini, tanya apa kerajaan buat sedangkan masa mereka jadi kerajaan dulu, apa mereka buat untuk selesaikan masalah rakyat ini,” katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Aurora Mobile unveils omni-channel AI solutions at HKPC, GPTBots.ai powers enterprise services from “Q&A”...

Aurora Mobile showcased its enterprise AI solutions at an HKPC workshop, demonstrating how GPTBots.ai and EngageLab enable AI agents to automate business processes, strengthen customer engagement and support digital transformation across multiple industries.

Asia Pacific logistics markets diverge despite 47% tenant-favourable conditions as supply constraints begin to...

Asia Pacific logistics markets are showing increasingly mixed conditions, with supply constraints tightening some markets while abundant new supply continues to favour tenants in others, according to Cushman & Wakefield's Waypoint 2026 report.

Elm to showcase Saudi digital transformation model at LEAP East Hong Kong, eyes APAC...

Saudi Arabia's Elm Company will take part in LEAP East Hong Kong 2026 as Business Solutions Partner, the company has announced, ahead of the event's opening on 8 July 2026, marking its push to deepen ties with governments, tech ecosystems and businesses across APAC.

Taylor’s College SS15 campus to be transformed into purpose-built student living development

Situated within one of Malaysia’s key education hubs, the project is being developed by Taylor’s Assets, the property investment and asset management arm of Taylor’s Education Group, in partnership with Gamuda Land.

Southeast Asia’s first AIGC creation ecosystem platform – Omirol launched, partnering with China’s V...

The 2026 Malaysia AI Innovation and Development Exchange Forum and the launch of Omirol, Southeast Asia's first native AIGC creation ecosystem platform, were successfully held in Kuala Lumpur. The event was jointly organized by FSBM Holdings Berhad, a Bursa Malaysia-listed company, and MOCHI MEDIA SDN. BHD.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings