the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, January 10, 2026
21.8 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Pusat derma darah statik pertama pantai timur dibuka di KTCC

Pusat Derma Darah Statik pertama di Pantai Timur mula beroperasi di KTCC, Kuala Terengganu, bagi memudahkan orang ramai menderma darah.

KUALA TERENGGANU: Orang ramai kini boleh menderma darah dengan lebih selesa dan mudah di Pusat Derma Darah Statik yang baru dibuka di pusat beli-belah Kuala Terengganu City Centre (KTCC).

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) Datuk Dr Kasemani Embong berkata pusat itu adalah yang pertama seumpamanya di Pantai Timur dan ketiga di Malaysia.

Ia mula beroperasi sejak 1 Disember dan mampu menerima lapan penderma dalam satu-satu masa.

“Penubuhan pusat ini bertepatan dengan hasrat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menjadikan proses menderma darah lebih mudah, mesra dan dekat dengan masyarakat,” katanya.

Beliau berkata penderma kini boleh menderma dalam suasana santai di pusat beli-belah tanpa masalah mencari tempat letak kereta atau terikat dengan waktu kerja pejabat.

Sejak dibuka, seramai 30 penderma telah direkodkan berkunjung ke pusat yang beroperasi setiap hari dari jam 11 pagi hingga 8 malam.

Pembukaan pusat ini diharap dapat menampung keperluan bekalan darah di Unit Transfusi Darah Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

Hospital tersebut memerlukan antara 60 hingga 70 pek darah sehari bagi menangani pelbagai kes kecemasan dan pembedahan.

Sebanyak 20,000 orang telah menderma darah di seluruh negeri Terengganu dari Januari hingga November lepas.

“Kita harap pembukaan Pusat Darah Statik KTCC akan meningkatkan lagi jumlah penderma sekali gus membantu menampung keperluan stok darah negeri,” kata Dr Kasemani.

Pusat derma darah statik itu dibuka dengan kerjasama St. John Ambulans Malaysia. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories