the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Raja Muda Kedah puji warga emas berani lapor cucu terlibat dadah

Raja Muda Kedah puji tindakan berani warga emas dari Merbok yang melaporkan cucunya terlibat dadah kepada pihak berkuasa.

SUNGAI PETANI: Raja Muda Kedah, Tengku Sarafuddin Badlishah Sultan Sallehuddin, memuji tindakan seorang warga emas dari Kampung Sungai Pial, Merbok, yang melaporkan cucunya kepada pihak berkuasa kerana terlibat dengan penyalahgunaan dadah.

Menurut baginda, tindakan itu berani, bertanggungjawab dan wajar dijadikan contoh oleh masyarakat sekiranya berdepan situasi sama.

“Ini adalah satu langkah yang bertanggungjawab dan berani. Ia tanda kasih sayang terhadap cucu kerana tindakan sebegini mampu menyelamatkan beliau daripada keadaan yang lebih teruk,” titah baginda ketika berangkat ke rumah warga emas itu.

Baginda turut menekankan bahawa melaporkan aktiviti penyalahgunaan dadah kepada pihak berkuasa seperti Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) membolehkan tindakan sewajarnya diambil terhadap individu terbabit.

Turut berangkat, Raja Puan Muda Kedah Che Puan Muda Zaheeda Mohamad Ariff.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Hanyan Ramlan berkata cucu warga emas itu yang berusia 29 tahun pernah ditahan polis pada 2020, 2023 dan 2024 atas kesalahan berkaitan dadah.

Beliau berkata lelaki itu ditahan sekali lagi malam kelmarin selepas datuknya membuat laporan polis yang meminta supaya cucunya segera ditangkap.

“Suspek ditahan mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan polis sedang dalam proses membuat permohonan bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 39C akta sama,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan seorang warga emas bertindak melaporkan cucunya kepada pihak berkuasa selepas dipercayai terlibat dengan penyalahgunaan dadah. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Lebanon and Israel set for next talks in Italy

Lebanon and Israel will hold their next US-brokered talks in Italy on August 4 as both sides begin implementing a plan for Israeli withdrawals and Lebanese army deployments.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings