the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, December 7, 2025
23.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Raja Permaisuri Agong seru graduan bentuk generasi berilmu, beradab tinggi

Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah mahu graduan UTM bentuk generasi berilmu dan beradab tinggi, tekankan pendidikan sebagai amanah besar.

JOHOR BAHRU: Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menasihati graduan khususnya siswazah Universiti Teknologi Malaysia (UTM) supaya berganding bahu dalam membentuk generasi yang memiliki ilmu dan adab tinggi.

Hal itu, titah Seri Paduka Baginda, agar menjadi teladan serta panduan kepada golongan belia dan kanak-kanak.

Menurut hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Raja Permaisuri Agong bertitah bahawa generasi yang sedang dibentuk sama ada di peringkat tadika, sekolah dan menengah ataupun di universiti bukan sahaja perlu diasuh dengan ilmu dan kemahiran malah disemai dengan adab yang mulia.

“Pendidikan ialah amanah yang amat besar nilainya, ia bukan sekadar satu perjalanan bagi memperoleh sesuatu ijazah, tetapi merupakan proses yang membentuk peribadi, memperkukuh nilai serta memupuk rasa tanggungjawab dalam seseorang individu,” titah Seri Paduka Baginda.

Raja Zarith Sofiah yang juga Canselor UTM bertitah demikian ketika berangkat ke majlis konvokesyen ke-69 universiti itu di sini hari ini.

Turut berangkat Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor yang juga Pro-Canselor UTM.  

Raja Permaisuri Agong turut berharap agar beberapa kejadian yang menggemparkan negara sejak kebelakangan ini dijadikan pengajaran dan menyeru semua pihak berganding bahu bagi memastikan perkara sama tidak berulang pada masa hadapan. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

Alfa Romeo Marks the Quadrifoglio Legacy with Exclusive Giulia and Stelvio Collezione Models

Alfa Romeo has introduced two highly exclusive creations, the Giulia Quadrifoglio Collezione and Stelvio Quadrifoglio Collezione, developed in tribute to one of the brand’s most enduring icons — the Quadrifoglio. The emblem, first painted onto Ugo Sivocci’s Alfa Romeo RL when he won the 1923 Targa Florio, became the mark of the brand’s racing machinery for decades. In 1963 it shifted from the circuit to the road with the Giulia Ti Super, and from then on it distinguished Alfa Romeo’s most powerful and exclusive road-going models.That pivotal year forms the inspiration for this new Collezione series, which has been limited to just 63 units worldwide. Two Giulia units have been earmarked for the UK, while the rest will be distributed across Europe, the Middle East, China and Japan.
spot_img

Popular Categories