the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, December 29, 2025
27.8 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Rakaman audio kes tembak Durian Tunggal diserahkan untuk analisis forensik

Polis serah rakaman audio kes tembak mati tiga lelaki di Durian Tunggal kepada Cyber Security Malaysia untuk analisis forensik dan pengesahan suara

KUALA LUMPUR: Polis telah menyerahkan rakaman audio berkaitan kes tembak mati tiga lelaki di Durian Tunggal kepada Cyber Security Malaysia bagi tujuan analisis forensik.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk M. Kumar berkata perbandingan suara daripada keluarga dan pegawai polis yang terlibat juga telah diambil untuk pengesahan.

“Rakaman audio tersebut merupakan antara bukti penting dan sebab itu, ia diserahkan kepada Cyber Security Malaysia untuk analisis forensik,” katanya pada sidang media di Ibu Pejakat Polis Bukit Aman.

Kumar berkata rakaman itu diserahkan oleh pengadu yang mendakwa suara berkenaan diperoleh daripada seorang mangsa semasa kejadian.

Justeru kesahihannya perlu disahkan dan sementara menunggu keputusan, kertas siasatan akan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara hari ini bagi mendapatkan arahan serta nasihat selanjutnya.

Mengulas mengenai tindakan terhadap pegawai terlibat, beliau berkata kes itu masih dalam siasatan dan mereka tidak menjalankan tugas penguatkuasaan secara aktif.

“Ini merujuk kepada pandangan Jabatan Peguam Negara sebelum ini yang menyatakan bahawa walaupun kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, pihak polis perlu membuktikan elemen-elemen kesalahan terlebih dahulu sebelum sebarang tindakan susulan boleh diambil.

“Saya beri jaminan siasatan dijalankan secara tanpa kompromi, telus dan menyeluruh… dari sudut tindakan dalaman, siasatan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) sedang dijalankan dan pada masa sama, pihak kami menyiasat daripada sudut kewujudan elemen jenayah,” katanya.

Pada 24 November lepas, tiga lelaki berumur 24 hingga 29 tahun ditembak mati selepas seorang daripada mereka didakwa melibas parang ke arah seorang anggota polis di sebuah ladang kelapa sawit di Durian Tunggal.

Kejadian itu berlaku pada kira-kira 4.30 pagi sehingga menyebabkan kecederaan parah pada lengan kiri anggota polis berkenaan.

Bagaimanapun, ahli keluarga tiga suspek berkenaan menolak dakwaan tersebut dan susulan itu, polis menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat kes berkenaan.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories