the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
27.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Remaja OKU hilang ketika cari lembu ditemukan selamat

MELAKA: Remaja lelaki orang kurang upaya (OKU) pembelajaran yang dikhuatiri sesat dalam hutan di Kampung Permatang Pasir sejak petang Rabu, ditemukan selamat awal pagi tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Padang Temu Pegawai Bomba Tinggi Omera Omar berkata Muhamad Aidil Asyraf Fadli, 15, ditemukan kira-kira 2.08 pagi dalam keadaan terbaring di bawah pokok.

“Mangsa ditemukan di kawasan semak belakang rumah penduduk kira-kira 600 meter dari Pos Kawalan Bomba (PKB) dalam keadaan lemah serta tidak mampu bergerak.

“Dia diberi rawatan awal oleh pasukan perubatan yang berada lokasi sebelum dihantar ke hospital,“ katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata susulan penemuan remaja itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) tamat sepenuhnya pada 3.52 pagi tadi.

Beliau berkata operasi pencarian dibahagikan kepada empat sektor meliputi kawasan seluas 2.4 hektar hingga ke kawasan sungai selain pemantauan dari udara menggunakan satu unit dron bomba.

“Operasi turut dibantu dua anjing pengesan (K9) bomba dan seekor daripada Polis Diraja Malaysia. Pasukan SAR turut melakukan pencarian di dua kolam buatan dengan mengepam keluar air namun mangsa tidak ditemukan di situ,“ katanya.

Omera berkata operasi SAR itu melibatkan 31 anggota termasuk 14 anggota Pasukan Khas Operasi, Taktikal dan Penyelamat Malaysia (STORM), lima anggota polis dan empat daripada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) selain dibantu penduduk kampung.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Supt Halim Abas mengesahkan remaja berkenaan ditemukan awal pagi tadi.

Semalam, media melaporkan Muhammad Aidil Asyraf dikhuatiri sesat di hutan ketika mencari lembu milik bapa saudaranya yang hilang di Kampung Permatang Pasir dan kali terakhir dilihat penduduk setempat kira-kira 6.30 petang Rabu.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings