the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, December 7, 2025
26 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Rumah Etnik Bidayuh di Kampung Budaya Sarawak akan dibina semula

KUCHING: Rumah Etnik Bidayuh di Kampung Budaya Sarawak yang musnah dijilat api malam tadi akan dibina semula secepat mungkin menjelang Tahun Melawat Malaysia akan datang.

Pengarah Jualan, Pemasaran dan Acara SCV Zaini Zainuddin berkata Rumah Etnik Bidayuh merupakan antara tarikan pelancongan popular di kampung budaya itu yang dibuka sejak tahun 1990.

Beliau berkata rumah itu dibina pada tahun 2007 dan asalnya bersaiz kecil sebelum diperbesar bagi menampung jumlah pengunjung yang semakin meningkat.

“Semasa kejadian, rumah itu kosong dan berfungsi sebagai tempat menyimpan artifak kaum Bidayuh yang berharga,” katanya kepada pemberita di lokasi kebakaran di sini hari ini.

Zaini juga berkata dalam usaha membangunkan semula rumah berkenaan, SCV akan mendapatkan bantuan daripada pihak muzium serta komuniti Bidayuh khususnya daripada segi artifak dan bahan warisan etnik itu.

Kenyataan SCV pula memaklumkan bahawa operasi kampung budaya itu berjalan seperti biasa memandangkan hanya Rumah Etnik Bidayuh yang terjejas dalam insiden kebakaran tersebut.

“Kampung Budaya Sarawak akan terus dibuka kepada pengunjung, dengan akses di sekitar kawasan terjejas dihadkan buat sementara waktu bagi memastikan keselamatan serta melancarkan siasatan dan usaha pemulihan,” menurut kenyataan itu.

“Semua rumah budaya dan kemudahan lain di Kampung Budaya Sarawak kekal utuh dan tidak terjejas,” menurut kenyataan itu.

Menurut Pusat Gerakan dan Operasi Bomba Sarawak, kebakaran yang bermula sekitar 7.30 malam itu telah memusnahkan rumah etnik berkenaan yang berkeluasan 1,130 meter persegi dan punca kejadian masih dalam siasatan. – Bernama

Related

spot_img

Latest

PM Anwar: Kebebasan bersuara perlu seiring pencerahan, batas Perlembagaan

Perdana Menteri Anwar Ibrahim menegaskan kebebasan bersuara dalam demokrasi mesti dipandu ilmu, adab dan kesedaran terhadap batas Perlembagaan serta nilai bersama dalam masyarakat majmuk.

Most Viewed

AKPS nafi video deepfake ketua pengarah sokong bantuan

Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia menafikan dua video deepfake yang meniru identiti Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, bagi tujuan penipuan.

Anwar lancar dua inisiatif baharu perkuat jaringan keselamatan sosial

Perdana Menteri Anwar Ibrahim melancarkan program Sahabat Penggerak MADANI dan Skim Insurans Kesejahteraan Rakyat 3.0 bagi memperkukuh jaringan keselamatan sosial dan memperkasakan komuniti akar umbi.
spot_img

Popular Categories