the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
30 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

SPRM sedia siasat projek Aerotrain KLIA jika ada rasuah

SPRM akan siasat projek Aerotrain KLIA jika ada unsur rasuah, meskipun belum terima aduan setakat ini berikutan gangguan perkhidmatan berulang.

SUBANG JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersedia menyiasat projek Aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sekiranya terdapat unsur rasuah atau penyelewengan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki mengesahkan pihaknya belum menerima sebarang aduan atau maklumat berkaitan projek tersebut setakat ini.

“Jika ada laporan, kita akan meneliti bentuk kesalahan tersebut,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Principals ASEAN Parties Against Corruption (ASEAN-PAC) ke-21 di sini hari ini.

Beliau menegaskan tidak semua isu boleh diletakkan di bawah tanggungjawab SPRM kerana ada yang mungkin melibatkan aspek tatakelola.

“Jika terdapat kesalahan di bawah bidang kuasa kami, sudah tentu kita akan siasat,” tegas Azam.

Semalam, Menteri Pengangkutan Anthony Loke mengarahkan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) membuka kertas siasatan terhadap Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) berikutan gangguan terbaharu perkhidmatan Aerotrain.

Perkhidmatan Aerotrain telah mengalami beberapa gangguan sejak kembali beroperasi pada Julai 2025, termasuk kejadian melibatkan gangguan kuasa pada 15 Oktober lepas.

Awal bulan ini, Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah memaklumkan di Dewan Rakyat sebanyak 19 insiden gangguan perkhidmatan direkodkan antara 2 Julai hingga 30 September lepas. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

‘Data centres should be built away from homes’

'We believe data centres should not be located near residential areas due to their contribution to greenhouse gas emissions, noise pollution, urban heat island effect and (excessive) water consumption.'

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings