the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
30 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Sabah cadang enakmen baharu mudahkan urusan hartanah

Kerajaan Sabah cadang gubal enakmen baharu untuk percepat urusan jual beli dan pengurusan hartanah jika GRS terus berkuasa

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah akan memperkenalkan enakmen baharu bagi memudahkan urusan jual beli dan pengurusan hartanah sekiranya Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menerajui semula pentadbiran negeri selepas Pilihan Raya Negeri ke-17.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata langkah itu penting untuk menangani halangan teknikal yang sering melambatkan proses urusan tanah dan pertukaran hak milik hartanah.

“Beberapa peraturan sedia ada sudah terlalu lama digunakan dan tidak lagi sesuai, justeru perlu digubal semula bagi mempercepat urusan antara pembeli, pemilik tanah dan pihak berkaitan,” katanya.

Beliau menegaskan enakmen sedia ada sudah tidak sesuai kerana digunakan berpuluh-puluh tahun lamanya.

Hajiji berkata demikian selepas menyaksikan penyerahan geran subsidiari 1Borneo kepada Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) oleh Jabatan Tanah dan Ukur Sabah di Menara Kinabalu.

Beliau bersyukur penyerahan 1,974 geran subsidiari yang ditunggu pemilik dan pembeli kedai rumah di 1Borneo akhirnya dapat direalisasikan.

Penyerahan itu membuktikan kesungguhan kerajaan GRS mempercepat pengeluaran hak milik strata walaupun terdapat kekangan teknikal.

“Yang jelas bahawa kerajaan melalui Jabatan Tanah dan Ukur telah melakukan terbaik untuk membantu USIA dan juga pemilik atau pembeli hartanah di 1Borneo,” ujarnya.

Perkembangan ini menunjukkan kerajaan Sabah sentiasa komited menyelesaikan isu berkaitan urusan tanah dan hartanah.

1Borneo Hypermall memiliki empat blok kediaman merangkumi 910 geran strata, 21 geran bagi 2,300 tempat letak kereta berbumbung dan 1,043 geran komersial termasuk empat hotel dengan 929 bilik. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

‘Data centres should be built away from homes’

'We believe data centres should not be located near residential areas due to their contribution to greenhouse gas emissions, noise pollution, urban heat island effect and (excessive) water consumption.'

Trump orders disclaimer signs outside museum of American history

The order calls on federal officials to "install temporary signage" on public walkways outside the building to "notify visitors that the Museum exhibits should be renovated" to reflect "accurate information regarding America's history."

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings