the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Sabah catat RM7.54 bilion pelaburan pembuatan, keenam tertinggi di Malaysia

Negeri Sabah mencatat pelaburan pembuatan RM7.54 bilion sehingga suku ketiga 2025, kedudukan keenam tertinggi negara, dengan peruntukan besar untuk infrastruktur industri dan keusahawanan.

KOTA KINABALU: Sabah mencatat pelaburan sebanyak RM7.54 bilion dalam sektor pembuatan sehingga suku ketiga 2025.

Timbalan Ketua Menteri III Datuk Ewon Benedick berkata pencapaian itu meletakkan Sabah sebagai negeri keenam tertinggi menerima nilai pelaburan dalam tempoh berkenaan.

Beliau yang juga Menteri Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan negeri berkata kemasukan pelaburan adalah pemacu utama pertumbuhan ekonomi Sabah.

“Ini bukan sahaja memperkukuh daya saing ekonomi, malah menyokong pertumbuhan ekonomi yang mampan, memperluaskan peluang pekerjaan serta meningkatkan kesejahteraan rakyat di negeri ini,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2026 di Dewan Undangan Negeri Sabah.

Kerajaan negeri memperuntukkan RM105.67 juta untuk perbekalan dan RM88.36 juta untuk pembangunan bagi sektor tersebut dalam Belanjawan 2026.

Daripada jumlah itu, RM43.53 juta diperuntukkan bagi projek infrastruktur dan utiliti di taman-taman perindustrian utama.

Taman terlibat ialah Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP), Pelabuhan Kluster Industri Minyak Sawit (POIC) Lahad Datu dan Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP).

Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (SEDCO) pula menerima RM16.90 juta untuk projek sedia ada melibatkan pembinaan rumah kedai dan premis perniagaan.

Sebanyak RM5 juta diperuntukkan untuk menyelaras Program Keusahawanan Negeri yang baharu.

Peruntukan RM18.19 juta disalurkan kepada Jabatan Keretapi Negeri Sabah dan RM4.75 juta kepada Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah.

Ewon juga mengucapkan penghargaan kepada kerajaan Persekutuan atas pemberian geran berjumlah RM145.78 juta melalui Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri.

Daripada jumlah itu, RM37.40 juta diperuntukkan bagi 2026 untuk taman perindustrian KKIP, POIC Lahad Datu dan SOGIP.

“Inisiatif, komitmen dan kesungguhan berterusan kerajaan Sabah dan Persekutuan ini mencerminkan hubungan baik dan usaha bersama dalam memperkukuh dan memajukan sektor perindustrian di Negeri Sabah secara menyeluruh dan mampan,” katanya.

Kempen Belilah Barangan Buatan Sabah akan diteruskan pada 2026 melalui karnival usahawan PMKS di beberapa daerah.

Karnival itu bertujuan meneroka peluang pasaran baharu dan meningkatkan hasil jualan.

Hasil padanan perniagaan dengan pasar raya tempatan bagi tahun ini mencecah RM2.9 juta dan RM92,500 menerusi jualan kaunter.

Usaha itu menjadi platform memperkenalkan produk usahawan industri kecil dan sederhana kepada masyarakat.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings