the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, July 14, 2026
30.2 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Saifuddin Nasution ucap takziah anggota polis lemas banjir

State Election

Johor State Election 2026

11 July 2026 Johor, Malaysia
Learn more

Menteri Dalam Negeri ucap takziah kepada keluarga anggota polis yang lemas selepas kenderaannya terperangkap banjir di Sepang.

KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengucapkan takziah kepada keluarga anggota polis Konstabel Muhammad Rahimi Amirudin yang ditemui lemas di Sepang.

Beliau menyatakan pemergian Allahyarham merupakan kehilangan besar kepada Pasukan Polis Diraja Malaysia dan warga keselamatan tanah air.

“Beliau telah meninggal dunia setelah kenderaan yang dinaiki arwah terperangkap dalam banjir berhampiran Klinik Desa Giching, Sepang, Selangor,” katanya dalam hantaran Facebook.

Muhammad Rahimi yang berkhidmat di Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai difahamkan dalam perjalanan ke tempat kerja selepas menziarahi keluarganya di Sepang.

Mangsa dijumpai pada 7.30 pagi pada jarak kira-kira 50 meter dari kenderaannya oleh anggota polis dan bomba yang melaksanakan operasi mencari dan menyelamat.

Media sebelum ini melaporkan seorang pemandu kereta dipercayai lemas selepas gagal berenang meninggalkan Perodua Bezza yang terbabas ke dalam parit di kawasan banjir.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

L’OCCITANE Malaysia’s 7th Race for Vision draws 3,000 participants, donates RM50,000 to support children’s...

L'OCCITANE Malaysia successfully hosted the 7th edition of Race for Vision, bringing together more than 3,000 participants in a nationwide movement championing eye health, inclusivity, sustainability and community connection.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings