the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, January 20, 2026
21.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Saman fitnah pemilik KDA FC terhadap SUA MB Kedah diteruskan

Kes saman fitnah pemilik KDA FC Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar terhadap Setiausaha Akhbar MB Kedah diteruskan selepas mediasi gagal capai penyelesaian.

ALOR SETAR: Kes saman fitnah yang difailkan oleh pemilik majoriti Kedah Darul Aman (KDA FC) Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar terhadap Setiausaha Akhbar (SUA) kepada Menteri Besar Kedah Muhamad Mat Yakim akan diteruskan selepas gagal mencapai penyelesaian secara baik.

Peguam Ashraf Sohaimi yang mewakili Mohd Daud berkata kedua-dua pihak gagal mencapai persetujuan untuk penyelesaian di luar mahkamah dalam proses pengantaraan di Pusat Mediasi Mahkamah Alor Setar.

“Mediasi tidak berjaya dan kes ini akan diteruskan dengan perbicaraan … tarikh perbicaraan pada Julai ini, tetapi tarikh tepat belum ada,” katanya kepada pemberita di pekarangan mahkamah.

Prosiding pengantaraan yang berlangsung hampir dua jam itu turut dihadiri oleh Mohd Daud dan Muhamad serta peguamnya Abdul Hadi Ahmad.

Menerusi saman yang difailkan pada Oktober lepas, Mohd Daud mendakwa Muhamad membuat satu kenyataan menerusi Facebook yang mengandungi fakta tidak tepat berkaitan pemilikan kelab bola sepak KDA FC pada 29 Jun tahun lepas.

Mohd Daud menamakan Muhamad selaku defendan tunggal serta menuntut pampasan, ganti rugi am, teruk dan teladan terhadapnya.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories