the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, January 27, 2026
22.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Saman tertunggak tidak jejas kelayakan subsidi BUDI95

Menteri Pengangkutan Anthony Loke menafikan dakwaan bahawa saman tertunggak akan menyebabkan kehilangan kelayakan untuk subsidi petrol BUDI MADANI RON95.

KUALA LUMPUR: Menteri Pengangkutan Anthony Loke menegaskan bahawa kegagalan menjelaskan saman tertunggak tidak menjejaskan kelayakan seseorang untuk subsidi petrol BUDI MADANI RON95 (BUDI95).

Beliau berkata kedua-dua mekanisme itu beroperasi secara berasingan dan tidak mempunyai kaitan langsung secara automatik.

“Berdasarkan dasar semasa, untuk memohon atau terus menikmati subsidi petrol BUDI95, pemohon hendaklah memenuhi syarat asas iaitu warganegara Malaysia yang disahkan melalui MyKad dan mestilah memiliki lesen memandu aktif,” menurutnya dalam satu kenyataan.

Loke menjelaskan lesen memandu aktif merujuk kepada lesen yang masih dalam tempoh sah atau yang tempoh luputnya tidak melebihi tiga tahun.

Beliau menasihati orang ramai supaya terus mematuhi undang-undang trafik demi keselamatan semua pengguna jalan raya.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan laporan beberapa portal yang mendakwa individu yang gagal menjelaskan saman akan hilang kelayakan manfaat BUDI95.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

Frac partners Singapore’s IMSC to launch RWA-focused education, targets talent gap in asset tokenisation

The collaboration aims to bridge the gap between blockchain theory and real enterprise deployment by combining Frac’s compliance-first industry use cases with IMSC’s accredited academic and professional certification programmes, preparing talent for regulated, enterprise blockchain roles across Southeast Asia.
spot_img

Popular Categories