the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, June 27, 2026
22.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Sarawak bakal umum pendekatan baharu kurangkan kebergantungan import makanan

GEDONG: Kerajaan Sarawak akan mengumumkan pendekatan baharu bagi meningkatkan pendapatan dalam industri pertanian selain mengurangkan kebergantungan kepada import makanan.

Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata perkara itu susulan lawatan beliau ke projek Kilang Pelumat Isirung Sawit milik Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Sarawak (SALCRA) Lubok Antu di Sri Aman baru-baru ini yang menyaksikan terdapat potensi untuk Sarawak meningkatkan pendapatan pertanian, khususnya menerusi penternakan.

“Jadi (hasil lawatan itu), ada sesuatu yang saya hendak umum hujung tahun ini. Ada caranya, maknanya pendapatan kita daripada pertanian akan meningkat dan tidak bergantung kepada import,“ katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis ibadah korban di sini hari ini.

Beliau berkata ladang sawit boleh dijadikan sebagai pusat fidlot ternakan manakala sisa kelapa sawit berpotensi untuk diproses menjadi makanan ternakan, sekali gus dapat mengurangkan import bahan berkenaan.

“Dalam fidlot itu kalau kita berikan makanan yang ada nutrien dicampur dengan rumput napier dan sisa (kelapa sawit) tadi, maknanya lembu (sebagai haiwan ternakan) akan mempunyai makanan yang berkualiti,“ katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings