the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
21.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Sarawak sedia peruntuk pelaburan besar untuk penanaman padi

BINTULU: Sarawak bersedia membelanjakan sejumlah besar peruntukan untuk penanaman padi bagi memastikan negeri ini mampu menyediakan bekalan yang mencukupi, kata Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata kerajaan negeri telah mengenal pasti kawasan seluas 3000 hektar untuk penanaman padi iaitu di Tanjung Bijat, Stumbin dan Lingga di Sri Aman selain di Gedong (Simunjan) dan Lundu.

Berdasarkan model penanaman yang dibangunkan oleh Universiti Putra Malaysia, kawasan itu mampu menghasilkan sehingga 240,000 tan padi setahun.

“Maknanya kita mempunyai kemampuan untuk mengeluarkan beras. Kita tidak perlu import beras jika kita ambil kira kawasan Lembah Limbang-Lawas dan kawasan di Miri, kita ada lebihan. Kemudian kita boleh berkongsi dengan Semenanjung.

“Maka seluruh negara akan mempunyai beras yang mencukupi. Ini sasaran kita untuk penanaman padi dan kerajaan Sarawak sanggup melabur…,” katanya semasa merasmikan majlis penutup Sustainable Agriculture and Food Security Congress (COSAFS2024) di sini hari ini.

Justeru itu, Sarawak perlu melabur dalam tiga komponen penting iaitu teknologi, infrastruktur dan akses pasaran.

Beliau berkata kerajaan memperuntukkan RM500 juta untuk pengairan di kawasan berkenaan dengan RM32 juta diperuntukkan bagi melaksanakan projek pengairan di Gedong.

“Dan selepas itu kita akan menambah baik sistem pengairan di Sri Aman dan Lundu,” katanya.

Sarawak juga memperuntukkan hingga RM20 bilion untuk menambah baik kemudahan jalan raya ke kawasan pantai di luar bandar.

Beliau berkata projek pembinaan Jambatan Bintulu-Jepak yang sedang dilaksanakan menelan kos hampir RM400 juta dan apabila siap kelak bukan sahaja menghubungkan Bintulu dan kawasan Jepak tetapi juga membuka tanah untuk pengeluaran makanan sehingga ke kawasan Tatau.

Abang Johari berkata walaupun Sarawak menumpukan kepada minyak dan gas serta aktiviti hiliran serta mineral, pembangunan sektor lain turut menjadi tumpuan termasuk perkhidmatan dan pertanian, sebagai sebahagian dasar makroekonomi.

Ini diharap dapat mengubah spektrum ekonomi serta menyumbang kepada kemampanan yang turut terangkum dalam Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, kata beliau.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Vondrousova insists she never doped after four-year ban

Former Wimbledon champion Marketa Vondrousova maintains she has never used performance-enhancing drugs after receiving a four-year ban for failing to comply with an anti-doping test.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings