the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
30 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Sarawak utamakan keupayaan kewangan PBT dalam Belanjawan 2026

Belanjawan Sarawak 2026 akan perkukuh keupayaan kewangan PBT yang hadapi cabaran kadar cukai taksiran tidak disemak sejak 1970-an.

KUCHING: Usaha memperkukuh keupayaan kewangan pihak berkuasa tempatan (PBT) dijangka menjadi keutamaan dalam Belanjawan Sarawak 2026.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata PBT di negeri ini menghadapi pelbagai cabaran termasuk kadar cukai taksiran yang tidak disemak sejak 1970-an.

“Di Semenanjung Malaysia, PBT seperti di Perak dan Selangor telah menaikkan kadar taksiran masing-masing, namun kadar kita kekal sejak 1970-an,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Pelancongan Perubatan Antarabangsa 2025.

Beliau yakin Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg akan meneruskan usaha memperkukuh dan membantu PBT menerusi Belanjawan 2026.

Mengenai sektor kesihatan, Dr Sim yang juga Menteri Kesihatan Awam berkata satu keutamaan kerajaan negeri ialah meningkatkan jumlah doktor dan jururawat.

“Kita memerlukan lebih ramai petugas perubatan untuk menambah baik sistem penjagaan kesihatan,” katanya.

Dengan tenaga kerja mencukupi, pesakit tidak perlu menunggu selama tiga jam di klinik atau hospital sebaliknya mungkin hanya satu jam. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

‘Data centres should be built away from homes’

'We believe data centres should not be located near residential areas due to their contribution to greenhouse gas emissions, noise pollution, urban heat island effect and (excessive) water consumption.'

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings