the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
32.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Sekolah Kumpulan B buka sesi 2026, kalendar persekolahan kembali ke Januari

Sekolah Kumpulan B di 13 negeri dan wilayah mula sesi 2026 hari ini, menandakan penyelarasan semula kalendar pendidikan ke bulan Januari.

KUALA LUMPUR: Sekolah-sekolah Kumpulan B membuka sesi persekolahan bagi tahun akademik 2026 hari ini.

Ini menandakan penyelarasan semula kalendar pendidikan negara ke bulan Januari selepas beberapa tahun bermula lewat akibat pandemik COVID-19.

Kumpulan B melibatkan sekolah di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Sekolah Kumpulan A di Kedah, Kelantan dan Terengganu telah memulakan sesi persekolahan semalam.

Pelaksanaan semula jadual persekolahan pada awal tahun ini bertujuan menyelaraskan kembali kalendar pendidikan negara seperti sebelum ini.

Ia juga memberi tempoh pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan secara lebih teratur sepanjang tahun.

Bantuan Awal Persekolahan (BAP) berjumlah RM150 diteruskan tahun ini.

Agihan kepada 5.2 juta pelajar sekolah rendah dan menengah dijangka diselesaikan selewat-lewatnya pada hujung minggu ini.

PUTRAJAYA – Seramai 41,683 pelajar memulakan hari pertama persekolahan di semua sekolah rendah dan menengah di sini.

Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Pendidikan (KPM) Datuk Ahmad Suhaimi Endut berkata Putrajaya juga mencatatkan pembukaan sekolah baharu.

“Putrajaya juga mencatatkan pembukaan sekolah baharu iaitu Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 5(1) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putrajaya Presint 15(1),” katanya.

PERAK – Seramai 348,594 pelajar daripada 1,105 sekolah memulakan sesi persekolahan hari ini.

Pengarah Pendidikan Negeri Zulkafli Mohamed Mokhtar berkata jumlah itu membabitkan 162,759 pelajar sekolah menengah dan 185,835 murid sekolah rendah di seluruh negeri.

“Jumlah itu termasuk 30,456 pelajar Tingkatan Satu, murid Tahun Satu seramai 29,172 serta murid prasekolah seramai 16,282,” katanya.

Tinjauan Bernama di Ipoh mendapati kehadiran murid SK Tasik Damai telah disambut oleh maskot yang disediakan oleh PIBG sekolah.

Inisiatif itu adalah untuk menceriakan suasana hari pertama persekolahan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

60,000 Accountancy and Corporate Finance Professionals to Be AI-Ready Over Three Years

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 3 July 2026 - The Institute of Singapore Chartered Accountants (ISCA) and the Infocomm Media Development Authority (IMDA) officially launched the AI Fluency Programme, AIxAccountancy, today.

ISCA Accountants Move Beyond the Numbers to Help Singaporeans Navigate Life’s Financial Decisions

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 3 July 2026 - The Institute of Singapore Chartered Accountants (ISCA) launched Life & Money Matters, a nationwide community initiative that aims to help Singaporeans make informed financial decisions with confidence throughout every stage of life.

2026 Hualien Summer Carnival  Taiwan’s Premier Summer Music Festival

HUALIEN, TAIWAN - Media OutReach Newswire – 3 July 2026 – Taiwan's premier summer music festival, the 2026 Hualien Summer Carnival, returns from July 1 to July 5, transforming Hualien's Dongdamen Square into a five-night celebration of music, culture and tourism.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings