the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Selangor catat penurunan kes denggi 64% tahun ini

Selangor catat 20,399 kes denggi tahun ini, turun 64% berbanding tahun lepas dengan hanya enam kematian dilaporkan setakat ME45/2025

SHAH ALAM: Selangor mencatatkan penurunan kes demam denggi sebanyak 20,399 kes sehingga minggu epidemiologi 45/2025.

Angka ini menurun 36,001 kes atau 63.8% berbanding 56,400 kes dalam tempoh sama tahun lepas.

Kes kematian akibat denggi juga menunjukkan penurunan signifikan kepada hanya enam kes tahun ini berbanding 14 kes pada 2024.

Exco Kesihatan Awam dan Alam Sekitar negeri Jamaliah Jamaluddin berkata angka itu menunjukkan usaha berterusan kerajaan negeri membuahkan hasil positif.

“Usaha itu tidak boleh dilaksanakan secara bermusim dan pendekatan pencegahan perlu dilaksanakan secara berterusan serta menyeluruh,” katanya di persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor.

Beliau berkata kerajaan negeri akan merangka beberapa strategi bagi menambah baik pendekatan sedia ada.

“Strategi ini menggabungkan intervensi pelbagai komponen termasuk kawalan biologi, kimia dan alam sekitar,” katanya.

Strategi baharu itu turut disokong oleh penguatkuasaan undang-undang serta pendidikan kesihatan.

Kerajaan negeri juga akan memperluas program komuniti bebas denggi di semua daerah.

Penglibatan menyeluruh ahli majlis, persatuan penduduk, institusi pendidikan dan keagamaan akan diperkukuh.

Program gotong-royong bagi aktiviti cari dan musnah tempat pembiakan akan dilaksanakan dengan kekerapan lebih tinggi.

Lokasi panas akan diberikan tumpuan khusus dalam program tersebut.

Kempen kesedaran mengenai pencegahan tempat pembiakan nyamuk aedes akan dipergiatkan.

Hebahan akan dilakukan melalui media elektronik dan media sosial seperti Facebook dan TikTok.

Pendekatan komprehensif ini bertujuan mengekalkan trend penurunan kes denggi dari tahun ke tahun. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings