the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Selangor FC dihukum main tanpa penonton, denda RM100,000

Selangor FC dihukum bermain tanpa penyokong dan didenda RM100,000 oleh FAM akibat insiden penyokong dalam perlawanan Piala FA.

KUALA LUMPUR: Selangor FC dihukum bermain tanpa penonton selepas insiden melibatkan penyokong dalam perlawanan suku akhir kedua Piala FA 2025-26 menentang Negeri Sembilan FC.

Kelab itu akan beraksi di stadium kosong pada separuh akhir kedua menentang Sabah FC pada 30 November ini dan perlawanan sulung musim depan di gelanggang sendiri.

Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM Datuk Baljit Singh Sidhu berkata Selangor juga didenda RM100,000 kerana kesalahan berulang menurut Artikel 42 Kod Tatatertib FAM.

“Selangor FC juga diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama,” katanya.

Baljit menyenaraikan lima pertuduhan terhadap Selangor termasuk pembakaran mercun yang dibaling ke arah penyokong Negeri Sembilan.

Penyokong tuan rumah juga didakwa merosakkan bangku tempat duduk dan membaling botol air yang mengakibatkan kecederaan kepada dua penyokong lawan.

Dari tempat duduk orang kenamaan, seorang VVIP Selangor FC membaling bekas minuman plastik berisi air ke arah keluarga pemain Negeri Sembilan.

Penyokong Selangor juga melakukan provokasi yang mengakibatkan kekecohan antara kedua-dua kumpulan penyokong.

Kelab itu juga didapati gagal mematuhi obligasi penganjuran perlawanan termasuk undang-undang keselamatan FIFA. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Lebanon and Israel set for next talks in Italy

Lebanon and Israel will hold their next US-brokered talks in Italy on August 4 as both sides begin implementing a plan for Israeli withdrawals and Lebanese army deployments.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings