the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, January 14, 2026
20.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Selangor rancang guna tenaga nuklear dalam tempoh lima tahun

Selangor bakal laksana tenaga nuklear sebagai sumber tenaga bersih dalam lima tahun, kata Menteri Besar, dengan fokus pembangunan kepakaran tempatan

SHAH ALAM: Selangor dijangka memulakan pelaksanaan tenaga nuklear sebagai sumber tenaga bersih di negeri ini dalam tempoh lima tahun lagi, menurut persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari, berkata kerajaan negeri kini berada dalam fasa awal penerokaan tenaga nuklear, termasuk pembangunan kepakaran berkaitan.

“Jika semuanya berjalan lancar, pelaksanaan paling awal boleh dilakukan dalam tempoh lima tahun. Pada masa ini, kita sedang membina kapasiti, termasuk menghantar pegawai yang terlatih dalam bidang nuklear.

“Kita juga akan merujuk kepada universiti tempatan. Beberapa universiti seperti Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah menghubungi saya untuk melihat bagaimana kita boleh berinteraksi. Ini semua sebahagian daripada langkah awal kita,” katanya pada persidangan DUN Selangor di Dewan Negeri Selangor.

Amirudin berkata demikian menjawab soalan tambahan Mariam Abdul Rashid (PH-Meru) berhubung perancangan kerajaan negeri dan anggaran tempoh pelaksanaan sepenuhnya sumber tenaga bersih menerusi tenaga nuklear.   

Amirudin berkata bidang tenaga nuklear di Malaysia masih kurang diterokai sehingga ada pelajar tempatan yang terpaksa mencari inisiatif sendiri di luar negara.

“Saya sendiri bertemu pelajar kita di Universiti Tsinghua, China. Mereka terpaksa meneroka sendiri. Kita masih melihat nuklear seolah-olah satu daripada sektor yang sukar diterokai,” katanya.

Amirudin menegaskan bahawa masa depan menuntut persediaan rapi kerana negara tidak boleh terus bergantung kepada bahan api fosil seperti gas dan arang batu, yang terbukti tidak lestari berbanding tenaga nuklear dan sumber lain.

Bagaimanapun, isu keselamatan, risiko kebocoran, dan persepsi awam masih menjadi perkara utama yang perlu diperjelaskan, dengan pengalaman negara lain seperti Jerman dijadikan pengajaran. -Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

Lianson Fleet divests Yinson Hermes, strengthens capital base for growth

Lianson Fleet Group Bhd has completed the disposal of an anchor handling tug and supply vessel for US$10.0 million (approximately RM40.7 million), marking another step in its broader portfolio rebalancing and diversification journey. The move reflects the group’s focus on streamlining operations, unlocking asset value and positioning its capital base for longer-term growth across other marine asset classes.
spot_img

Popular Categories