the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, December 1, 2025
25.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Sembilan pekerja kilang Kerteh sesak nafas terhidu gas ammonia

Sembilan pekerja kilang makanan haiwan di Kerteh sesak nafas selepas terhidu gas ammonia semasa kerja penyelenggaraan tangki.

KERTEH: Sembilan pekerja mengalami sesak nafas selepas terhidu gas bertoksik semasa kerja penyelenggaraan di sebuah kilang memproses makanan haiwan di Taman Biopolimer Kerteh.

Kejadian itu berlaku semalam ketika mangsa berusia antara 23 hingga 40-an sedang melakukan kerja pembersihan tangki di kilang tersebut.

Ketua Zon 2 JBPM Terengganu Penguasa Kanan Bomba II Rohaya Jamil berkata mereka mengalami gangguan pernafasan secara tiba-tiba.

“Siasatan awal mendapati mereka dipercayai terhidu gas ammonia,” katanya.

Semua mangsa berjaya diselamatkan oleh pekerja lain sebelum dibawa ke Klinik Kesihatan Paka untuk rawatan.

Enam mangsa kemudian dirujuk ke Hospital Dungun manakala tiga lagi dibenarkan pulang.

Pasukan bomba menerima panggilan kecemasan pada 6.51 petang dan menghantar 18 pegawai serta anggota termasuk pasukan Hazmat ke lokasi.

“Dalam operasi itu, pasukan bomba melakukan supresi air bagi menurunkan bacaan gas bertoksik di kilang tersebut,” jelas Rohaya.

Operasi penyelamatan ditamatkan pada 1.05 pagi tadi selepas bacaan gas kembali normal.

Tiada kehadiran gas berbahaya dikesan di lokasi kejadian selepas operasi pembersihan selesai. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories