the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 10, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Semua organisasi diseru promosi inisiatif perkasa KKP – Sivakumar

State Election

Johor State Election 2026

11 July 2026 Johor, Malaysia
Learn more

KUALA LUMPUR: Semua organisasi diseru untuk berganding bahu mempromosikan inisiatif memperkasa elemen keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) yang dijalankan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar berkata ia sekali gus melindungi dan meningkatkan keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan pekerja secara umum.

“Antaranya Promosi Kesihatan di Tempat Kerja, Pencegahan Kemalangan Dalam Perjalanan dan Vision Zero.

“Program-program ini dirangka, dirancang dan dilaksanakan dengan penuh perhatian agar objektif mengurangkan kadar kemalangan dapat dikurangkan,“ katanya ketika berucap merasmikan majlis Anugerah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan MSOSH (MSOSH OSH Awards) ke-41 anjuran Persatuan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (MSOSH) di sini hari ini.

Majlis Anugerah MSOSH OSH 2023 ke-41 sebagai penghormatan kepada organisasi yang mencapai kejayaan dalam pencapaian Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 2022.

Satu daripada faktor penilaian penting anugerah berkenaan adalah keupayaan organisasi untuk mengurangkan kadar kemalangan di tempat kerja dan penyakit pekerjaan sepanjang 2022.

Organisasi terkemuka yang diiktiraf pada majlis berkenaan termasuk Petronas, FGV Holdings Berhad, Sarawak Energy Petron, Sunway Group, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), KPJ dan Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB).

Sementara itu, Sivakumar berkata Anugerah MSOSH OSH merupakan satu penunjuk aras KKP yang signifikan terhadap organisasi dalam negara.

“Ini juga menunjukkan peranan MSOSH sebagai satu badan bukan kerajaan (NGO) utama dan terulung dalam memartabatkan isu-isu KKP di Malaysia,“ katanya.–Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Shopee Launches Buy Today, Get Today with Free Islandwide Same-Day Delivery

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 9 July 2026 - Shopee today launched Buy Today, Get Today, bringing free islandwide Same-Day Delivery to eligible orders on Fulfilled by Shopee (FBS) items.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings