the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, July 12, 2026
32.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Semua pusat undi PRN Sabah ditutup, 60.94% keluar mengundi

State Election

Johor State Election 2026

11 July 2026 Johor, Malaysia
Learn more

Kesemua 882 pusat mengundi PRN Sabah ke-17 ditutup 5.30 petang, dengan 60.94% pengundi keluar mengundi setakat 4 petang

KOTA KINABALU: Kesemua 882 pusat mengundi bagi Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 telah ditutup sepenuhnya pada 5.30 petang ini.

Penutupan pusat-pusat pengundian melibatkan 3,599 saluran itu dilakukan secara berperingkat mengikut kawasan dan jumlah pengundi berdaftar.

Lebih 1.74 juta pengundi biasa layak menunaikan hak mereka hari ini bagi memilih wakil rakyat bagi 73 kerusi Dewan Undangan Negeri.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya, sebanyak 60.94% atau 1,062,114 orang telah keluar mengundi setakat 4 petang.

SPR menjangkakan keputusan awal pengundian dapat diumumkan sekitar 10 malam ini.

Proses pengiraan kertas undi dari pusat-pusat yang ditutup awal sedang dijalankan ketika ini. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings