the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, July 27, 2026
28 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Seorang lelaki meninggal dunia akibat selsema burung H5N1 di Kemboja

PHNOM PENH: Seorang lelaki berusia 52 tahun dari Wilayah Svay Rieng di tenggara Kemboja meninggal dunia akibat jangkitan selesema burung H5N1, menjadikannya kematian manusia kelima akibat virus itu setakat tahun ini, lapor Xinhua.

“Keputusan makmal daripada Institut Kesihatan Awam Kebangsaan menunjukkan pada 20 Jun bahawa lelaki itu disahkan positif virus H5N1,” menurut Kementerian Kesihatan dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Pihak berkuasa kesihatan sedang menyiasat punca jangkitan dan meneliti sebarang kes yang disyaki atau individu yang pernah berhubung rapat dengan mangsa bagi mengelakkan penularan wabak dalam komuniti, menurut kenyataan itu.

Ubat antivirus Tamiflu (oseltamivir) turut diberikan kepada individu yang mempunyai kontak langsung dengan pesakit bagi mencegah penularan selesema burung, katanya.

Setakat tahun ini, negara Asia Tenggara itu telah merekodkan enam kes jangkitan H5N1 dalam kalangan manusia, dengan lima daripadanya maut.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings