the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Separuh tenaga kerja aeroangkasa negara berada di Selangor – Exco

SHAH ALAM: Sebanyak 14,300 daripada keseluruhan 29,900 tenaga kerja dalam industri aeroangkasa negara yang diwujudkan dari 2019 hingga 2024 direkodkan berada di Selangor, Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor diberitahu.

Exco Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti negeri Ng Sze Han berkata angka itu berdasarkan data Pejabat Penyelarasan Industri Aeroangkasa Kebangsaan Malaysia (NAICO Malaysia), sekali gus menjadikan Selangor sebagai penyumbang utama tenaga kerja dalam sektor aeroangkasa.

“Angka keseluruhan ini juga hampir mencapai sasaran Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12), yang menetapkan penciptaan 30,000 peluang pekerjaan dalam industri aeroangkasa negara menjelang 2025,” katanya pada persidangan DUN Selangor di sini hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Syed Ahmad Abdul Rahman Alhadad (PH-Lembah Jaya) yang ingin tahu jumlah peluang pekerjaan yang akan diwujudkan menerusi kerjasama dengan pelbagai pihak dalam bidang aeroangkasa.

Ng berkata untuk mencipta lebih banyak peluang pekerjaan dalam sektor aeroangkasa, kerajaan negeri sentiasa menjalin hubungan bersama pihak pengeluar peralatan asal (OEM) serta pemain industri bagi mendapat pakej kerja yang berimpak tinggi dan peluang pekerjaan berkualiti.

Selain itu, katanya kerajaan negeri terus menganjurkan pameran kerjaya untuk menghubungkan pemain industri dengan bakat tempatan.

“Inisiatif ini bertujuan memastikan tenaga kerja yang tersedia dapat diserap ke dalam industri dengan lebih berkesan, sekali gus mengurangkan jurang antara keperluan majikan dan pencari kerja,” katanya.

Pada penganjuran Pameran Penerbangan Selangor (SAS) 2024, sebanyak 2,270 peluang pekerjaan ditawarkan oleh pelbagai syarikat aeroangkasa dan 222 peluang pekerjaan berjaya diisi.

“Melalui inisiatif ini, kerajaan negeri menjangkakan bahawa sebanyak 32,000 peluang pekerjaan akan diwujudkan menjelang 2030 sejajar dengan sasaran yang digariskan dalam Rangka Tindakan Industri Aeroangkasa Malaysia (MAIB) 2030,” katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings