the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Seu Bock kembali latih skuad perseorangan lelaki senior negara

Datuk Tey Seu Bock disahkan kembali membimbing kem perseorangan lelaki senior badminton negara, diumumkan oleh Datuk Seri Lee Chong Wei

KETUA jurulatih perseorangan remaja lelaki negara Datuk Tey Seu Bock disahkan kembali membimbing kem perseorangan lelaki senior kebangsaan.

Perkembangan itu disahkan Pengerusi Jawatankuasa Prestasi Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Datuk Seri Lee Chong Wei.

Beliau berkata pengumuman lanjut mengenai struktur kejurulatihan baharu bakal dilakukan oleh Setiausaha Agung BAM Datuk Kenny Goh dalam masa terdekat.

Chong Wei berkata cadangan untuk jurulatih berpengalaman itu kembali diluluskannya selepas diutarakan Pengarah Kejurulatihan Perseorangan Negara Kenneth Jonassen.

“Coach Seu Bock, orang nampak memang dalam kejohanan (Terbuka Malaysia 2026) kali ini dia duduk di belakang (gelanggang). Saya rasa perkara ini kita tidak boleh sembunyikan daripada pihak media dan saya boleh sahkan beliau akan naik ke senior,” katanya.

Beliau ditemui pemberita pada hari terakhir Terbuka Malaysia 2026.

Chong Wei berkata Seu Bock sememangnya jurulatih berpengalaman yang pernah membimbingnya bergelar jaguh dunia.

Jurulatih berusia 52 tahun itu merupakan watak penting di sebalik kejayaan Chong Wei meraih tiga pingat perak Sukan Olimpik.

Seu Bock menyertai BAM sejak 2002 dan pernah berperanan melatih Chong Wei pada 2011.

Sementara itu, Chong Wei berkata BAM juga dijangka mengumumkan seramai enam jurulatih baharu bakal berkhidmat.

“Majoritinya adalah rakyat tempatan, lebih ramai pemain tempatan. Ada juga dari luar negara, tetapi keutamaan pertama kami ialah jurulatih tempatan,” katanya.

Penstrukturan semula kejurulatihan itu turut menyaksikan pemain muda berpotensi diserapkan ke barisan pemain senior.

Ini melibatkan kedua-dua kem perseorangan dan beregu.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings