the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, July 14, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Sidang Kemuncak ASEAN ke-47: Timor-Leste ahli rasmi, Trump lawat Malaysia

State Election

Johor State Election 2026

11 July 2026 Johor, Malaysia
Learn more

Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 tumpu keahlian rasmi Timor-Leste, lawatan pertama Donald Trump ke Malaysia dan perjanjian gencatan senjata Kemboja-Thailand.

KUALA LUMPUR: Keahlian rasmi Timor-Leste dalam ASEAN dan lawatan pertama Presiden Amerika Syarikat Donald Trump ke Malaysia bakal menjadi tumpuan hari pertama Sidang Kemuncak ASEAN ke-47.

Sidang kemuncak yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bermula dengan majlis pembukaan jam 8.30 pagi di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Semua ketua negara ASEAN hadir bersama Presiden Timor-Leste Jose Ramos-Horta dan Perdana Menteri Kay Rala Xanana Gusmao.

Acara menandatangani Deklarasi Kemasukan Timor-Leste ke dalam ASEAN akan berlangsung, menandakan negara itu sebagai anggota ke-11 badan serantau tersebut.

Sesi pleno sidang kemuncak akan menumpukan pembinaan Komuniti ASEAN, integrasi serantau, pertumbuhan ekonomi dan hubungan luar.

Sesi permukiman pula akan meneliti pelaksanaan Konsensus Lima Perkara mengenai Myanmar dan pendekatan menangani krisis politik serta kemanusiaan.

Lawatan Trump menandakan kunjungan pertamanya ke Asia sejak memulakan penggal kedua sebagai presiden.

Ini juga lawatan pertama presiden AS ke Malaysia sejak Barack Obama sedekad lalu.

Trump dan Anwar dijadual mengadakan mesyuarat dua hala serta menyaksikan majlis menandatangani perjanjian.

Mereka juga akan menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN-AS ke-13 dan jamuan bersama pemimpin ASEAN.

Acara penting lain ialah pemeteraian perjanjian gencatan senjata antara Kemboja dan Thailand berhubung pertikaian sempadan.

Perjanjian yang disaksikan Anwar dan Trump itu menamatkan pertikaian sempadan yang berlarutan selama beberapa dekad.

Atur cara hari ini turut merangkumi Sidang Kemuncak ASEAN-Jepun ke-28 dan Sidang Kemuncak ASEAN-India ke-22.

Mesyaurat Pemimpin-Pemimpin Komuniti Pelepasan Sifar Asia (AZEC) ketiga juga akan diadakan.

Dalam aspek ekonomi, majlis penyerahan Protokol Kedua untuk Pindaan Perjanjian Perdagangan Barangan ASEAN (ATIGA) turut berlangsung.

Sidang Kemuncak Perniagaan Bloomberg di ASEAN juga menjadi sebahagian atur cara hari ini.

Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan berlangsung hingga 28 Oktober di bawah Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025.

Tema “Keterangkuman dan Kemampanan” menjadi teras pertemuan yang dijangka antara terbesar dalam sejarah badan serantau itu. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

First Phosphate closes final tranche of oversubscribed private placement

First Phosphate completed the final tranche of its oversubscribed private placement, raising total gross proceeds of nearly C$17.7 million. The company also announced board and audit committee changes as it advances its North American LFP battery supply chain strategy.

Lever Style reports 2026 interim financial results

Lever Style reported a 23.8% increase in first-half 2026 revenue following the AAG acquisition, while net profit rose 1.8% amid integration costs. The company expects stronger profitability in the second half as synergies, digital transformation and AI-driven initiatives support long-term growth.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings