the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
23.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Singapura rakam penghargaan kepada malaysia, oman atas bantuan pemindahan rakyatnya dari Iran

SINGAPURA: Singapura merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada kerajaan Malaysia dan Oman atas bantuan yang diberikan dalam memudahkan kepulangan rakyatnya dari Iran dengan selamat.

Jurucakap Kementerian Ehwal Luar (MFA) Singapura berkata seorang rakyatnya telah dibawa keluar bersama kumpulan rakyat Malaysia dan beberapa warga asing lain dari Iran ke Ashgabat, Turkmenistan dengan bantuan kerajaan Malaysia.

Sementara itu, sebuah keluarga yang terdiri daripada tiga rakyat Singapura turut dipindahkan dari Tehran ke Muscat, Oman bersama kumpulan rakyat Oman dan warga asing lain dengan bantuan kerajaan Oman.

“Kedutaan Besar Singapura di Muscat dan Suruhanjaya Tinggi Singapura di Kuala Lumpur bekerjasama rapat dengan kerajaan tuan rumah dan rakan-rakan kedutaan untuk melancarkan kepulangan rakyat Singapura dari Iran,” kata jurucakap itu dalam kenyataan pada Isnin.

Menurutnya, MFA turut memberikan bantuan konsular yang diperlukan kepada tujuh lagi rakyat Singapura di Iran yang telah keluar melalui sempadan darat Iran-Armenia dan pelabuhan Bandar Abbas ke Emiriah Arab Bersatu.

Sejak tercetusnya konflik antara Iran dan Israel, MFA sentiasa menyalurkan bantuan konsular kepada rakyatnya di Iran, termasuk meneroka pelbagai pilihan pemindahan memandangkan tiada misi diplomatik Singapura di negara itu, menurut kenyataan itu.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings