the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 22, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

SPR ingatkan bakal calon PRN Sabah serah kertas penamaan 9-10 pagi Sabtu

Calon PRN Sabah diingat serah kertas penamaan 9-10 pagi Sabtu di 25 pusat, bawa resit deposit dan surat kebenaran simbol parti

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) mengingatkan semua bakal calon Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 supaya menyerahkan kertas penamaan calon dari pukul 9 hingga 10 pagi Sabtu ini.

Setiausaha SPR Datuk Khairul Shahril Idrus berkata dokumen tersebut perlu diserahkan kepada pegawai pengurus pilihan raya di 25 Pusat Penamaan Calon.

Penyerahan boleh dibuat oleh calon, pencadang dan penyokong bersama-sama atau mana-mana dua orang daripada mereka atau seorang sahaja.

Beliau menyarankan bakal calon mengisi borang dan membuat semakan awal dengan pejabat pegawai pengurus sebelum hari penamaan.

“Resit pembayaran hendaklah dibawa pada hari penamaan calon sebagai bukti pembayaran,” katanya.

Bakal calon mewakili parti politik perlu mengemukakan surat kebenaran penggunaan simbol parti semasa penyerahan kertas penamaan.

Calon yang telah membayar deposit bahan kempen pilihan raya tertakluk kepada Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan undang-undang kecil pihak berkuasa tempatan.

Khairul Shahril mengingatkan semua bakal calon dan parti politik mematuhi undang-undang, peraturan, tata etika serta arahan SPR, PBT dan Polis Diraja Malaysia.

SPR menetapkan hari pengundian PRN Sabah ke-17 pada 29 November manakala undi awal pada 25 November. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Lebanon and Israel set for next talks in Italy

Lebanon and Israel will hold their next US-brokered talks in Italy on August 4 as both sides begin implementing a plan for Israeli withdrawals and Lebanese army deployments.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings