the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 29, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

SPRM panggil tiga pegawai Felda bantu siasatan kes jual tanah

State Election

Negeri Sembilan State Election 2026

1st August 2026 Negeri Sembilan, Malaysia
Learn more

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memanggil tiga pegawai Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) untuk dirakam percakapan bagi membantu siasatan berhubung sindiket penjualan tanah milik Felda di Melaka.

Sumber SPRM berkata dua pegawai dipanggil pada hari Isnin dan Selasa lepas, manakala seorang lagi yang merupakan pegawai kanan agensi berkenaan dipanggil hari ini.

“Hari ini seorang pegawai kanan Felda dipanggil untuk dirakam percakapan dan mendapatkan beberapa dokumen bagi membantu siasatan,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata Ops Tanah Haram masih dijalankan sejak Isnin dengan pembongkaran beberapa agensi dan entiti lain yang bersekongkol dalam sindiket menjual tanah Felda, namun tiada penahanan dilakukan terhadap mana-mana pegawai Felda setakat ini.

Operasi SPRM dalam kes berkenaan setakat ini telah membawa kepada penahanan individu terdiri daripada broker, pegawai bank, pengarah syarikat serta orang awam, di samping penyitaan 200 akaun bank bernilai melebihi RM28 juta termasuk akaun-akaun bank Felda yang palsu.

Sementara itu Pengarah Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML) SPRM Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA).

“SPRM akan bekerjasama dengan Felda bagi menyelesaikan isu ini demi kepentingan awam,“ katanya.

Beberapa media sebelum ini melaporkan SPRM menahan lapan individu yang disyaki bersekongkol menerima rasuah hampir RM2 juta daripada sindiket penjualan tanah milik Felda di Melaka.

Sumber SPRM memaklumkan lapan individu itu melibatkan broker, pegawai bank, pengarah syarikat serta orang awam berusia lingkungan 20 hingga 50-an yang ditahan di Kuala Lumpur dan Sabah.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

DFI Retail Group Holdings Limited 2026 half-year results for the six months ended 30...

"Our first-half performance, with underlying profit1 growth of 44% and a consistently improving LFL subsidiary sales trend, reflects the strength of our strategy in action – a sharper value for customers, a strong focus on returns and execution with discipline.

Most Viewed

spot_img