the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, January 11, 2026
21.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

SPRM sita 23 jam tangan Rolex RM2 juta di rumah isteri bekas PTD

SPRM merampas 23 jam tangan Rolex dan barang kemas bernilai RM2.2 juta dari rumah isteri kedua bekas pegawai tertinggi Tentera Darat

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita aset mewah bernilai lebih RM2.2 juta susulan penggeledahan di sebuah kediaman di Pantai Timur dipercayai milik isteri kedua kepada seorang bekas pegawai tertinggi Tentera Darat (PTD).

Menurut sumber, penggeledahan yang dijalankan pagi tadi itu turut menemukan dua bagasi yang dipercayai digunakan untuk menyimpan barangan mewah berkenaan.

“Hasil pemeriksaan menemukan 23 unit jam tangan jenama Rolex pelbagai model dengan anggaran nilai pasaran semasa berjumlah kira-kira RM2 juta.

“SPRM turut menyita beberapa barangan kemas milik seorang individu yang dipercayai bersubahat dianggarkan bernilai kira-kira RM225,000,” menurut sumber berkenaan.

Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM Datuk Zainul Darus ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

Sebelum ini, media melaporkan bekas PTD yang disiasat dalam kes rasuah membabitkan tender perolehan Tentera Darat direman tujuh hari bermula 8 Jan, bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Selain itu, seorang daripada isterinya yang turut ditahan SPRM pula direman enam hari, manakala seorang lagi isterinya direman tiga hari.

Semalam, turut dilaporkan SPRM telah menyita emas, kenderaan utiliti sukan berprestasi tinggi (SVR) dan wang tunai dalam pelbagai mata wang asing dianggarkan bernilai RM6.9 juta susulan siasatan projek tender perolehan Tentera Darat.

Pada 23 Dis lepas, pegawai SPRM hadir ke Kementerian Pertahanan dan tumpuan terarah kepada projek-projek yang dilaksanakan melalui kaedah perolehan secara tender terbuka serta perolehan di bawah Pusat Tanggungjawab Tentera Darat.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories