the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
28.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

SPRM sita aset RM183 juta, beku akaun bank RM51 juta dalam Op Metal

GEORGE TOWN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyita pelbagai aset bernilai lebih RM183 juta dalam operasi membongkar sindiket penyeludupan besi di lima negeri.

Operasi bersepadu bersama agensi seperti Kastam, LHDN, dan Bank Negara turut membekukan 45 akaun syarikat dan 82 akaun individu bernilai RM51 juta.

Antara aset disita termasuk lapan hartanah di Pulau Pinang, tanah ladang sawit di Kelantan, serta enam kereta mewah seperti Porsche dan Range Rover bernilai RM1.9 juta. SPRM turut merampas lima jam tangan mewah termasuk Rolex dan Patek Philippe dianggarkan bernilai RM740,000.

Menurut sumber, aset-aset ini dipercayai milik seorang lelaki warga asing yang memiliki syarikat besi buruk. Rumahnya di kawasan elit Batu Maung diserbu, namun beliau didakwa berada di luar negara.

Ketua SPRM Tan Sri Azam Baki mengesahkan operasi ini dan menyiasat kerugian cukai eksport mencecah RM950 juta sejak enam tahun lalu.

Operasi Op Metal turut membongkar kegiatan penyeludupan besi dan e-sisa melalui Pelabuhan Klang dan Pulau Pinang. SPRM sedang mengenal pasti pihak terlibat di bawah Akta SPRM 2009, pengubahan wang haram, serta kesalahan cukai. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

The VinFast VF 8 and the New Priorities of EV Ownership

DUBAI, UAE - Media OutReach Newswire - 3 July 2026 - Today's EV buyers are looking beyond range and horsepower. They want an ownership experience that is just as reassuring as the vehicle itself, and that is where the VinFast VF 8 makes a strong case.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings