the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

SPRM tahan 27 penjawat awam di Kelantan sejak 2023

SPRM tahan 27 penjawat awam di Kelantan sejak 2023, buka 406 kertas siasatan kes rasuah, tuntutan palsu dan salah guna kuasa.

KOTA BHARU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan 27 penjawat awam di Kelantan bagi tempoh 2023 hingga kini.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata sebanyak 406 maklumat pelbagai kesalahan telah diterima dalam tempoh sama.

Maklumat itu membabitkan penjawat awam, swasta, pertubuhan, politik, institusi kewangan serta orang awam berkaitan kesalahan menerima dan memberi rasuah, tuntutan palsu dan salah guna kuasa.

“Kertas siasatan telah dibuka bagi menjalankan siasatan secara terbuka melibatkan individu dari pelbagai jabatan dan latar belakang, sama ada penjawat awam Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika bersiaran langsung pada Program Bual Bicara RTM Kelantan di sini.

Dalam perkembangan sama, Azam berkata tiga kertas siasatan telah dibuka melibatkan penyalahgunaan dana awam oleh badan bukan kerajaan (NGO).

Beliau berkata beberapa NGO yang memperoleh peruntukan daripada kerajaan juga dikesan menyalahgunakan dana berkenaan.

“Ada NGO yang dapat bantuan daripada kerajaan tetapi disalah guna. Perkara ini turut melibatkan koperasi serta syarikat yang mendapat pinjaman juga dikesan menyeleweng dana berkenaan,” katanya.

Selain itu, isu perolehan membabitkan pembangunan dan pembelian aset turut disiasat dengan 26 kertas siasatan dibuka.

“Perolehan semua negeri adalah sama, perolehan ini menyebabkan ketirisan yang besar,” katanya.

Beliau juga sudah mengarahkan pegawai SPRM untuk lebih proaktif pada tahun ini bagi mengurangkan kes berkaitan.

Ini termasuk kes dalam pelbagai isu seperti mineral, kecurian hutan dan penerokaan tanah secara haram.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Bora Pharmaceuticals Completes Acquisition of MacroGenics’ Rockville Manufacturing Operations

TAIPEI, TAIWAN - Media OutReach Newswire - 2 July 2026 - Bora Pharmaceuticals Co., Ltd. ("Bora" or "Bora Group"; TWSE: 6472; OTCQX: BORAY) today announced the completion of its acquisition of the GMP manufacturing operations of MacroGenics, Inc. (NASDAQ: MGNX) including its biologics drug substance facility in Rockville, Maryland and an associated warehousing center in Frederick, Maryland, for total consideration of US $122.5 million through its wholly owned subsidiary Bora Biologics USA, LLC.. Upon closing, Bora signed a long-term CDMO Service Agreement with MacroGenics.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings