the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, January 19, 2026
21.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Steven Sim puji Chow Kon Yeow sebagai pemimpin berhemah dan pelaksana cekap

Steven Sim puji Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow sebagai pemimpin berhemah dan pelaksana cekap projek infrastruktur bernilai RM30 bilion

GEORGE TOWN: Ketua Menteri Chow Kon Yeow disifatkan sebagai seorang pemimpin berhemah, merendah diri serta cekap dalam melaksanakan dasar, khususnya melibatkan pembangunan infrastruktur di Pulau Pinang.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Steven Sim berkata Chow telah memulakan beberapa projek infrastruktur berskala besar yang disifatkan sebagai pencetus perubahan dengan nilai hampir RM30 bilion dalam tempoh dua tahun.

Beliau berkata keupayaan Ahli Parlimen Batu Kawan itu bukan sekadar terhad kepada perancangan atau pengumuman, sebaliknya menekankan pelaksanaan sebenar projek-projek berkenaan.

“Chow terkenal sebagai seorang pemimpin berhemah tinggi dan merendah diri, namun bagi saya, beliau juga seorang pelaksana dasar yang amat cekap,” kata Sim yang juga Pengerusi DAP Pulau Pinang dalam hantaran di Facebooknya.

“Pemimpin yang hebat tak perlu maki hamun, sumpah seranah, bising-bising, tetapi menjadi pelaksana kata-kata. Jalan teruih (terus) CM (Ketua Menteri),” tambahnya.

Sebelum ini, Chow memaklumkan sebanyak 122 projek sambungan dirancang dilaksanakan pada 2026 di Pulau Pinang, merangkumi infrastruktur awam, kemudahan masyarakat serta projek khas ekonomi.

Projek utama termasuk Projek Lebuhraya Bertingkat Juru-Sungai Dua (JSD), Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara, dan pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PIA).

Pelaksanaan projek strategik seperti Penang IC Design and Digital Park, Penang Chip Design Academy dan Silicon Research and Incubation Space juga dijangka membuka lebih banyak peluang pekerjaan berpendapatan tinggi.

Projek-projek ini dijangka menarik pelaburan syarikat teknologi global ke negeri itu.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories