the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, October 15, 2026
32.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Suami maut, isteri dan bayi parah motosikal hilang kawalan dikejar anjing

Special coverage

Budget 2027

Aid, taxes and what it means for your wallet.

Read our coverage

Seorang lelaki maut manakala isteri dan bayi mereka cedera parah selepas motosikal hilang kawalan dikejar anjing dan melanggar lori di Kluang

KLUANG: Seorang penunggang motosikal maut manakala isteri dan bayinya cedera parah selepas motosikal mereka merempuh sebuah lori di Jalan Empangan, Taman Murni Jaya, Machap.

Ketua Polis Daerah Kluang ACP Bahrin Mohd Noh berkata kemalangan berlaku pada pukul 7.30 malam semasa pasangan suami isteri berusia 28 tahun dan bayi lelaki setahun itu dalam perjalanan dari Tasik Machap ke kawasan perumahan.

“Motosikal jenis Benelli TNT300 dipercayai hilang kawalan apabila dikejar anjing dan telah masuk ke laluan bertentangan sebelum melanggar bahagian belakang lori,” katanya.

Bahrin berkata isteri dan anak mangsa cedera parah pada kepala dan dihantar ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom untuk rawatan.

Beliau berkata ujian air kencing pemandu lori berusia 42 tahun didapati negatif dadah.

Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img