Monday, November 3, 2025
24.9 C
Malaysia
spot_img

Syarikat Korea Selatan minat buka loji UCO di Malaysia untuk bahan api penerbangan

The Sun Webdesk

JC Chemical Korea Selatan rancang buka kilang pemprosesan minyak masak terpakai di Malaysia untuk bahan api penerbangan mampan.

KUALA LUMPUR: Syarikat tenaga boleh baharu (TBB) berpangkalan di Korea Selatan, JC Chemical Co Ltd menyatakan minat untuk membuka kilang pemprosesan Minyak Masak Terpakai (UCO) Bertapis di Malaysia untuk digunakan sebagai bahan api penerbangan mampan (SAF).

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata projek itu juga sejajar dengan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) serta Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP 2030). 

“Projek ini juga akan meletakkan Malaysia sebagai hab serantau untuk pengeluaran bahan mentah SAF, sekali gus mengukuhkan rantaian nilai biobahan api negara,” kata beliau menerusi hantaran di laman sosial X hari ini.

Laporan sebelum ini menyatakan Malaysia dijangka mula mengeluarkan SAF dalam negara sebelum akhir 2025 menerusi permulaan operasi komersial Ecoceres Renewable Fuels Sdn Bhd di Tanjung Langsat, Johor.

Kerajaan juga telah memudah cara urusan pelesenan di bawah Akta Industri Biobahan Api Malaysia 2007 bagi pembangunan loji pengeluaran SAF serta menyokong infrastruktur berkaitan seperti penyimpanan, pengadunan, pengangkutan dan pengagihan. – Bernama

Related

spot_img

Latest

A well-oiled machinery & equipment sector: The silent strength powering Malaysia’s semiconductor manufacturing excellence

KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach Newswire - 3 November 2025 - In the global semiconductor race, the loudest voices don't always belong to those doing the heaviest lifting. While headlines trumpet chip breakthroughs and billion-dollar fabs, Malaysia has been quietly perfecting something far more fundamental: the machinery and equipment that makes it all possible.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories

spot_imgspot_img