the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, December 5, 2025
22 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Tengku Amir sertai Regatta Antarabangsa Raja Muda Selangor 2025

Tengku Amir Shah sertai RMSIR ke-35 bersama 28 pasukan antarabangsa dalam perlumbaan sembilan hari dari Klang ke Langkawi

KLANG: Sebanyak 28 pasukan dari pelbagai negara berentap dalam kejohanan Regatta Antarabangsa Raja Muda Selangor (RMSIR) ke-35, bermula esok.

Perlumbaan selama sembilan hari itu bermula dari Pelabuhan Klang menuju ke Pulau Pangkor sebelum ke Pulau Pinang dan dijadualkan tamat di Pulau Langkawi.

Lebih menarik, perlumbaan tahun ini turut disertai Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Pengerusi RMSIR Irsyad Ismail berkata penyertaan Tengku Amir, yang merupakan kali ketiga, akan menjadikan kejohanan tahun ini lebih menarik.

“Lebih menarik kejohanan ini akan turut disertai isteri baginda Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Abdul Aziz.

“Sukan layar ini juga sebenarnya satu hobi buat Raja Muda dan beliau sangat berminat dengan pelayaran,” katanya pada majlis perasmian RMSIR di Royal Selangor Yacht Club di sini hari ini.

RMSIR yang mula dianjurkan pada 1990 ialah kejohanan kapal layar kedua tertua di Asia dan dianggap paling sukar di Asia Tenggara.

Kejohanan itu idea cetusan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah ketika baginda bergelar Raja Muda. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Ten-Year Protection Becomes VinFast’s Edge in Harsh Middle East Markets

HANOI, VIETNAM - Media OutReach Newswire - 5 December 2025 - When VinFast celebrated the opening of its 350th service center in Vietnam, the milestone confirmed a strategy built around aftersale polices that have become one of the most powerful forces behind the company's rise.

Family Support Now Make-or-Break for Overseas Postings, New Study Reveals

LONDON, UK - Media OutReach Newswire - 5 DECEMBER 2025 - Family wellbeing is emerging as one of the strongest predictors of success on international assignments – yet support for families has not always kept pace with modern mobility expectations, according to new research from AXA Global Healthcare.

Most Viewed

Global High-End Kitchen Appliance Leader FOTILE Officially Enters Hong Kong

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 5 December 2025 - FOTILE, a world-renowned leader in premium kitchen appliances, has officially launched in Hong Kong. To celebrate its arrival in the local community, FOTILE is simultaneously launching its first major campaign, the "Smart Kitchen Fund."
spot_img

Popular Categories