the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 30, 2026
31 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Thailand akan perketat kawalan senjata api selepas kejadian pembunuhan di pusat penjagaan kanak-kanak

BANGKOK: Perdana Menteri Thailand Prayuth Chan o-cha mengarahkan pihak berkuasa mengetatkan pemilikan senjata api serta membanteras perdagangan senjata api dan pengedaran dadah di negara itu.

Arahan itu dikeluarkan susulan insiden amuk dan pembunuhan oleh seorang bekas anggota polis di pusat penjagaan kanak-kanak di Uthai Sawan, minggu lepas.

Beliau mengarahkan pihak berkuasa supaya menyiasat dan membatalkan lesen senjata api pemilik yang dilaporkan menimbulkan huru-hara dan mengancam masyarakat, kata Pemangku Jurucakap Kerajaan Anucha Burapachaisri.

“Perdana menteri juga mengarahkan pihak berkuasa supaya membanteras perdagangan senjata api dan pengedarannya di negara itu,“ katanya dalam satu kenyataan.

Anucha berkata Prayuth turut mengarahkan pihak berkuasa melancarkan operasi dan mengambil tindakan tegas bagi membendung penyalahgunaan dadah di negara itu.

Agensi-agensi yang berkaitan juga digesa meningkatkan rawatan termasuk menyediakan kemudahan pemulihan untuk penagih dadah.

Sementara itu, Ketua Polis Negara Jeneral Damrongsak Kittiprapat berkata Polis Diraja Thailand akan menarik balik senjata api daripada pegawai dan anggota polis yang didapati menyalahgunakan senjata api mereka atau menunjukkan tingkah laku agresif semasa menjalankan tugas.

Beliau berkata pemeriksaan kesihatan mental yang kerap juga perlu bagi pemegang lesen senjata api.

“Perdana Menteri (Prayuth) akan mempengerusikan mesyuarat bagi membincangkan lebih lanjut mengenai kawalan pemilikan senjata Rabu ini,“ katanya.

Khamis lepas, seorang anggota polis yang dipecat membunuh 36 orang termasuk 24 kanak-kanak di Uthai Sawan di wilayah Nong Bua Lamphu, kira-kira 500 kilometer (km) timur laut Bangkok.

Lelaki berusia 34 tahun itu membunuh 23 kanak-kanak yang sedang tidur selepas makan tengah hari, di pusat jagaan kanak-kanak itu.

Dia yang kemudiannya melarikan diri dari tempat kejadian dengan menaiki kenderaan, pulang ke rumah lalu membunuh isteri dan anak lelakinya sebelum maut menembak dirinya sendiri.

Pemilikan senjata api di Thailand antara yang tertinggi di Asia Tenggara. Tinjauan ke atas Senjata Kecil pada 2017 menganggarkan orang awam di negara itu memiliki 10.3 juta termasuk kira-kira empat juta senjata api tidak berlesen. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Competition, workplace safety and financial pressures shape risk agenda for Korean businesses, Aon survey

Aon's 2025 Global Risk Management Survey finds that increasing competition, workplace safety and financial pressures are the top concerns for Korean businesses, highlighting the need for stronger enterprise risk management, improved resilience and data-driven decision-making amid evolving economic and regulatory challenges.

Post-pandemic health upgrade drives global brands to Southeast Asia: High-purity Omega-3 leader WHC selects...

Belgium-based Omega-3 specialist WHC has entered Singapore with its flagship UnoCardio 1000, using the country as its strategic Southeast Asian hub. The expansion reflects growing demand for high-purity, science-backed health supplements in the region's post-pandemic wellness market.

Dusit International brings its Dusit Collection brand to Japan with the opening of a...

Dusit International has launched its first Dusit Collection property in Japan with the opening of WE Hotel Toya in Hokkaido. Designed by Kengo Kuma & Associates, the luxury lakeside retreat blends Japanese craftsmanship, Thai-inspired hospitality and scenic views of Lake Tōya.

Amazing Thailand Fest 2026 brings Thai culture, cuisine and entertainment to Central i-City

The collaboration reflects Central’s commitment to bringing Thailand’s culture, cuisine and creativity closer to international audiences, while strengthening ties between Thailand and Malaysia.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings