the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
27.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Tiada keperluan pindaan besar Akta DBP 1959 – Hazami

BACHOK: Tiada keperluan mendesak untuk melakukan pindaan besar terhadap Akta Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) 1959 kerana aspek penggunaan Bahasa Kebangsaan dalam urusan rasmi telah diperkukuh menerusi perundangan sedia ada, termasuk pekeliling kerajaan yang jelas menggariskan kewajipan penggunaan bahasa yang baik dan betul di semua peringkat perkhidmatan awam.

Ketua Pengarah DBP Dr Hazami Jahari berkata penguatkuasaan berkaitan bahasa sebenarnya telah lama termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan yang menegaskan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara.

Beliau berkata perkara itu turut disokong oleh pelbagai peruntukan lain termasuk Akta Pendidikan, undang-undang kecil pihak berkuasa tempatan (PBT) serta keperluan penggunaan bahasa Melayu dalam pelabelan barangan dan pengiklanan di ruang awam.

“Selepas 69 tahun DBP ditubuhkan, kita sebenarnya tidak menghadapi masalah besar dari segi penguatkuasaan penggunaan Bahasa Kebangsaan kerana perundangan yang ada sudah mencukupi. Apa yang perlu sekarang ialah pelaksanaan dan kesungguhan semua pihak termasuk ketua agensi, PBT dan masyarakat sendiri.

“Pindaan akta yang sedang dipertimbangkan pada ketika ini bukanlah untuk ‘menangkap pesalah bahasa’ sebagaimana pernah digembar-gemburkan, sebaliknya lebih menjurus kepada usaha memperkasakan peranan DBP sebagai badan utama dalam pembangunan dan pengiktirafan Bahasa dan Sastera Kebangsaan,” katanya selepas merasmikan Perkampungan Penulis Wilayah Timur di sini hari ini.

Hazami berkata antara cadangan pindaan utama adalah memberi kuasa kepada DBP meluaskan penggunaan dan perkembangan Bahasa Kebangsaan ke peringkat antarabangsa serta menjadikan DBP sebagai badan tunggal yang mengiktiraf kursus bahasa dan bahan penerbitan berkaitan bahasa dan sastera negara.

Selain itu, beliau berkata DBP juga mahu diberi kuasa mewajibkan bahan penerbitan mendapat pengesahan DBP sebagai pengiktirafan rasmi.

Hazami turut menegaskan usaha memartabatkan Bahasa Kebangsaan tidak boleh bergantung kepada undang-undang semata-mata, sebaliknya perlu dipupuk melalui kecintaan dan rasa tanggungjawab rakyat terhadap bahasa milik negara.

“Di negara seperti Jepun dan Thailand, tiada undang-undang khas untuk ‘menangkap pesalah bahasa’, tetapi rakyat mereka mempunyai kesedaran tinggi dan bangga menggunakan bahasa sendiri. Ini yang perlu kita tanam dalam diri masyarakat Malaysia,” katanya.

Sebelum ini, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dilapor berkata pindaan itu adalah antara usaha memperkasakan peranan DBP dalam memartabatkan bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, selain peruntukan khas RM50 juta yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Belanjawan 2025. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings