the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, July 5, 2026
28.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Tiada pemeriksaan imigresen untuk pelepasan motosikal di Woodlands pada 20 Sept, selepas 11 malam

SINGAPURA: Pihak Berkuasa Imigresen dan Pemeriksaan Singapura (ICA) memaklumkan pihaknya tidak menjalankan pemeriksaan pelepasan imigresen ke atas motosikal di Pusat Pemeriksaan Woodlands selepas 11 malam, 20 Sept.

Ini susulan penutupan zon ketibaan motosikal di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di Johor mulai 11.59 malam pada 20 Sept hingga 4 pagi 21 Sept, bagi kerja-kerja penggantian papan tanda, menurut ICA dalam maklumat terkini di Facebook hari ini.

“Penunggang motosikal yang merancang untuk berlepas dari Singapura, dinasihat menggunakan Pusat Pemeriksaan Tuas sebagai ganti,” menurut ICA sambil menambah bahawa penunggang motosikal boleh mendapatkan maklumat lanjut menerusi laman Facebook pihak berkuasa berkenaan.

Pejabat Imigresen BSI sebelum ini mengumumkan bahawa Jabatan Kerja Raya daerah Johor Bahru akan melaksanakan penggantian dan penambahan papan tanda baharu, termasuk papan tanda elektronik, di semua lorong motosikal, di Zon A, B dan C.

“Lorong akan ditutup pada hari dan masa tersebut. Laluan alternatif ialah melalui Kompleks Sultan Abu Bakar,“ menurut pejabat Imigresen BSI dalam akaun Facebook rasminya pada 14 Sept. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings