the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, July 27, 2026
30.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Tiga keldai akaun ditahan sebabkan kerugian lebih RM180,000

BALIK PULAU: Polis menahan tiga lelaki disyaki menjadi keldai akaun kepada sindiket penipuan berbeza sehingga menyebabkan beberapa mangsa kerugian berjumlah RM184,368.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Kamarul Rizal Jenal berkata ketiga-tiga lelaki itu ditahan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya di beberapa lokasi sekitar negeri ini semalam.

Beliau berkata tangkapan pertama melibatkan seorang lelaki berusia 29 tahun dipercayai menjadi keldai akaun kepada sindiket memperdaya mendapatkan pekerjaan dalam talian yang tidak wujud.

“Dalam kes itu, mangsa telah membuat beberapa transaksi secara dalam talian ke akaun bank dengan jumlah keseluruhan RM94,168,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Menurutnya seorang lelaki berumur 37 tahun pula ditahan selepas disyaki menjadi keldai akaun kepada sindiket phone scam yang menyamar sebagai syarikat penghantar barang dan pegawai polis.

Kamarul Rizal berkata mangsa telah membuat beberapa transaksi secara dalam talian ke akaun bank berjumlah RM49,000.

Bagi kes ketiga, beliau berkata polis menahan lelaki berusia 42 tahun kerana menjadi keldai akaun dalam sindiket penipuan love scam melalui dalam talian sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM41,200.

Katanya ketiga-tiga suspek kini direman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings